Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lan.tang] | لانتڠ

Definisi : 1. = melantang kuat dan jelas didengar (suara dll), jelas kedengaran: suara­nya ~ bertengkar dgn orang di sebelah rumah; suaranya melantang di dlm seluruh ruang masjid; 2. terang dan nyata (peman­dangan), luas dan jelas; melantangkan menguatkan (suara dsb) supaya lantang: ~ suaranya supaya jelas didengar; kelantangan perihal lantang: kerana ~ cakap setengah-setengah tokoh politik, perhubungan antara kaum telah tidak menyenangkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lan.tang] | لانتڠ

Definisi : 1 kuat dan jelas didengar: Bunyi jam besar itu sangat ~. 2 terang dan nyata (bkn pandangan). melantangkan menguatkan (bunyi, suara) supaya jelas didengar. kelantangan perihal atau keadaan lantang: ~ suaranya ketika berucap telah mempesona penduduk kampung itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lantang (adjektif)
Bersinonim dengan kuat, jelas, nyaring;,
Kata Terbitan : kelantangan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
equal loudness contourkontur sama lantangSains KesihatanTiadaLengkuk garisan yang menunjukkan keamatan bunyi pada setiap frekuensi yang diperlukan untuk menghasilkan persepsi bunyi yang sama lantang pada pendengaran normal.
most comfortable loudnesslantang paling selesaSains KesihatanTiadaJulat keamatan bunyi, biasanya bunyi vokal, yang selesa didengar oleh seseorang pendengar.
loudness discomfort leveltahap lantang - tak selesaSains KesihatanTiadaAras kelantangan yang menyebabkan ketidakselesaan individu.
loudness-growth functionfungi pertumbuhan lantangSains KesihatanTiadaGraf yang menunjukkan korelasi kekuatan bunyi dengan pertambahan keamatan bunyi.
mono-loudnessmonolantangSains KesihatanTiadaBunyi yang sama lantang.

Kembali ke atas