Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lan.tar] | لنتر

Definisi : ; melantarkan 1. menimbulkan (se­suatu perkara), menyebabkan; 2. menyam­paikan (permohonan, permintaan, dll), meng­usulkan, mengemukakan; lantaran 1. hal yg menjadi sebab sesuatu perkara; 2. kerana, sebab: ~ cantiknya, orang segan mengambilnya menjadi babu; ~ itu kerana itu; pelantaran; dgn ~ dgn perantaraan atau pertolongan; pelantar orang yg menyampaikan atau mengemukakan (permohonan, permintaan, dll), pengantara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lan.tar] | لنتر

Definisi : ; terlantar 1. terletak di: berbulan­-bulan lamanya dia ~ di rumah sakit; 2. dlm keadaan yg tidak dijaga atau dipelihara, terabai, terbiar: anak yg dikasihinya itu begitu ~ dan terbiar di tengah-tengah masyarakat; menterlantarkan membiarkan terabai atau tidak terpelihara, tidak mempedulikan: dia takut utk bernikah dgn Leman, takut dia akan diterlantarkan sebagaimana perem­puan-perempuan lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lan.tar] | لنتر

Definisi : ®pelantar I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lan.tar] | لنتر

Definisi : ; terlantar 1 terletak atau terbaring (di): Sudah lama ia ~ di rumah sakit tetapi penyakitnya belum juga sembuh. 2 terbengkalai atau tidak dikerjakan; terbiar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[lan.tar] | لنتر

Definisi : ; melantarkan menimbulkan sesuatu perkara (kerugian dll); menyebabkan. lantaran 1 oleh sebab; kerana: Mereka mati ~ sakit malaria. 2 hal yg menjadi sebab sesuatu: Polis mencari ~ utk menangkap mereka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lantar
Kata Terbitan : lantaran,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
boardwalkpelantar laluanLandskapTiadaStruktur pe lantar kayu untuk pejalan kaki di atas kawasan berair. Struktur ini digunakan untuk melindungi ekosistem yang sensitif daripada dirosakkan oleh pelawat.

Kembali ke atas