Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lan.tas] | لنتس

Definisi : 1. tidak berantara, langsung, terus: dgn malas aku bangkit dan ~ ke dapur; 2. langsung masuk (terus), sampai ke: ~ dlm kenangannya itu bagaimana kegembiraannya pd hari dia berkahwin; ~ akal termakan (diterima) akal; 3. terus, tembus (ke belakang dll); 4. kuasa, sanggup (mengerjakan sesuatu): ~kah abang meneruskan perniagaan itu jika kita tambah modalnya? melantas tidak singgah atau berhenti dimana-mana, langsung; melantasi terus ke belakang, menembus, menobros: sinaran itu tidak ~ cermin, iahanya dipesongkan oleh pembalikan; boritu sudah ~ ke balik kayu itu; melantaskan menyampaikan, mengemuka­kan (sesuatu hal dll), meneruskan; ~ angan (maksud) a) hidup merantau; b) melakukan kehendak hati; ~ dendam melepaskan dendam; terlantas terus masuk, tembus langsung; berkelantasan ark terus-menerus (tidak berantaraan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lan.tas] | لنتس

Definisi : 1 tidak berantara; terus: Ia mencapai cangkul ~ pergi ke kebun. 2 tembus atau terus ke belakang (ke sebelah): Ia ditikam dr hadapan ~ ke belakang. Jalan ini ~ ke Damansara. melantasi masuk terus ke dlm sesuatu hingga ke sebelah; menembusi: Paku itu sudah ~ dinding. melantaskan menyampaikan maksud dll; meneruskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lantas
1. Bersinonim dengan langsung: terus, lalu, lanjar,

2. Bersinonim dengan tembus: bolos, bobos, lolos, toblos, tobros, terobos,

Kata Terbitan : melantasi,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
murder-cum-suicidebunuh lantas bunuh diriKriminologiKeadilan JenayahTindakan seseorang yang menyebabkan kematian terhadap orang lain yang menyalahi undang-undang, lantas orang tersebut membunuh dirinya sendiri.
eschatology criticismkritikan eskatologiKesusasteraanTiadaKaedah kritikan yang melibatkan kajian terakhir alam dan manusia, contohnya kematian dan kiamat. Kritikan eskatologikal juga merujuk kepada kritikan tradisional dan popular yang menganggap bahawa sesebuah novel mempunyai kesatuan, lantas plotnya berkembang ke arah pengakiran yang menyokong kesatuan tersebut. Istilah ini digunakan oleh ahli pengkritik dekonstruksi, Derrida untuk mengkritik pendekatan yang cuba mencari kesatuan, makna yang stabil, dan pengakiran yang pasti dalam sesebuah karya sastera. Dalam bahasa Yunani , eschatos bermakna �akhir�.
buried themetema tersiratKesusasteraanTiadaTema yang tersembunyi atau pernyataan yang dipersembahkan secara tidak langsung dalam sesebuah sajak. Tema tersirat berbeza dengan tema eksplisit yang dipaparkan secara langsung dan ketara. Penggunaan tema tersirat bertujuan untuk menggalakkan penglibatan pembaca mencari maksud tersirat, lantas pembaca seolah-olah mencipta semula sajak itu. Namun, kadangkala tema tersirat menjadi punca kelemahan sesebuah sajak. Hal ini demikian kerana sajak terlalu kabur sehingga rumit untuk ditafsirkan.

Kembali ke atas