eschatology criticism | kritikan eskatologi | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan yang melibatkan kajian terakhir alam dan manusia, contohnya kematian dan kiamat. Kritikan eskatologikal juga merujuk kepada kritikan tradisional dan popular yang menganggap bahawa sesebuah novel mempunyai kesatuan, lantas plotnya berkembang ke arah pengakiran yang menyokong kesatuan tersebut. Istilah ini digunakan oleh ahli pengkritik dekonstruksi, Derrida untuk mengkritik pendekatan yang cuba mencari kesatuan, makna yang stabil, dan pengakiran yang pasti dalam sesebuah karya sastera. Dalam bahasa Yunani , eschatos bermakna �akhir�. |