corer | peneras | Kejuruteraan | Tiada | Alat-alat khas yang digunakan untuk mendapatkan teras dengan menggunakan penggerudian putar apabila menghampiri lapisan minyak atau lapisan-lapisan yang lain. |
plywood | papan lapis | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kepingan kayu yang memiliki beberapa lapis venir kayu nipis yang dimampatkan bersilang di antara satu lapisan dengan lapisan yang lain. Lapisan ini dicantumkan menggunakan bahan perekat. Terdapat juga lapisan yang digabungkan di antara venir kayu dengan lapisan papan zarah kayu. Bagi tujuan pembinaan yang khusus, setiap lapisan ira kayu disusun bertindih antara satu sama lain secara serenjang atau tegak lurus. Kayu keras yang digunakan adalah daripada spesies yang sama dan mempunyai ketebalan sekata. Biasanya, jumlah lapisan adalah ganjil. |
radiographic film | filem radiografi | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Media pengimejan yang digunakan untuk merekodkan imej bahan selepas bertindak balas dengan sinar pengionan. Filem radiografi terdiri daripada tiga lapisan, iaitu lapisan pelindung, lapisan emulsi dan lapisan dasar. Imej radiografi terbentuk pada awalnya di lapisan emulsi yang dikenali juga sebagai imej terpendam. Imej ini diproses secara tindak balas kimia, dan menghasilkan imej radiografi. |
bioturbation | biokacauan | Sains Marin | Tiada | Gangguan terhadap lapisan sedimen yang disebabkan oleh aktiviti organisma hidup, terutamanya organisma penggerek dan penggali seperti cacing poliketa, timun laut dan ikan pari. Biokacauan melibatkan pergolakan dan percampuran lapisan- lapisan sedimen, yang seterusnya menyebabkan perubahan pada sifat sedimen seperti tekstur, keadaan pengudaraan, pengoksidaan, liang dan irigasi sedimen. Biokacauan penting kepada ekologi kawasan bentik kerana mewujudkan ruang (spatial) baharu yang boleh dikolonisasikan semula oleh berbagai-bagai spesies bentos. Selain itu, peningkatan pengudaraan dan irigasi sedimen membolehkan organisma bentos meneroka lebih jauh ke dalam sedimen. |
backing | lapisan lapik | Kesenian | Hiasan Dalaman | Bahan, seperti fabrik atau yarn yang terdapat di belakang pail permaidani atau kertas dinding. Khusus untuk permaidani, lapisan lapik terdiri daripada beberapa lapisan, iaitu lapisan lapik utama dan lapisan lapik sampingan. |
photovoltaic cell | sel fotovoltan | Kimia | Kimia Analisis | Sel fotoelektrik yang terdiri daripada satu lapisan semikonduktor yang diapit oleh lapisan argentum dan lapisan logam dasar. Ia digunakan untuk mengukur keamatan foton melalui penjanaan voltan merentasi lapisan semikonduktor itu. Ia digunakan juga sebagai sel lapisan sawar. |
secondary cell wall | dinding sel sekunder | Buluh | Tiada | Dinding sel yang terbina daripada lamela yang dibentuk oleh orientasi selari mikrofibril. Lapisan ini terdiri daripada lapisan luar (S1), lapisan tengah (S2) dan beberapa lapisan lain (Sn). |
oceanic crust | kerak lautan | Sains Marin | Tiada | Lapisan paling atas bahagian lautan plat tektonik yang terdiri daripada kerak lautan atas dan kerangka lautan yang lebih rendah. Jisim batuan igneus yang tebal terletak di bawah lantai lautan di antara jarak 6 km yang terdiri daripada beberapa lapisan. Lapisan paling atas tebalnya 500 m. Bahagian kerak bumi yang agak tipis mendasari lembangan lautan yang secara geologinya lebih muda berbanding dengan kerak benua dan terdiri daripada batuan basalt yang dilitupi oleh sedimen. |
fabric-backed | lapik fabrik | Kesenian | Hiasan Dalaman | Lapisan fabrik yang dilekatkan di bahagian belakang lapisan kemasan, seperti kertas dinding. Lapisan ini diperbuat daripada kain tenunan atau bulu yang dikait atau struktur yang tidak ditenun, yang disebarkan secara rawak pada gentian tekstil. Lapisan ini berfungsi sebagai penguat kepada lapisan kertas dinding supaya tidak mudah koyak atau rosak. |
oxygen minimum layer | lapisan minimum oksigen | Sains Marin | Tiada | Lapisan air bawah permukaan yang kandungan oksigen terlarutnya sangat rendah (biasanya < 2 mg/l), lebih rendah daripada lapisan air di atas dan di bawahnya. Contohnya, zon di bawah aras termoklin yang rendah kandungan oksigen terlarutnya kerana tiada percampuran dengan air yang kaya oksigen di lapisan atasnya. |