Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lapis (kata nama)
Bersinonim dengan lapisan, petala;,
Kata Terbitan : berlapis-lapis, lapisan, pelapis,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
thin layer chromatography (TLC)kromatografi lapisan nipis (TLC)HerbaPemiawaianKaedah kromatografi yang menggunakan lapisan nipis terdiri daripada gel silika, alumina ataupun oktadekilsilika yang disokong oleh kepingan kaca, plastik atau aluminium. Sampel diaplikasikan pada permukaan lapisan nipis sebagai bintik kecil atau jalur di bahagian bawah. Proses pemisahan sebatian dilakukan dengan merendam bahagian bawah kepingan dalam sistem pelarut pembangun dan membolehkan pelarut itu meresap naik melalui tindakan kapilari. Sebatian tulen akan dapat dikesan sebagai bintik masing-masing pada kedudukan tertentu menggunakan sinar ultralembayung atau reagen kimia yang sesuai. Kedudukan sebatian ini dirujuk sebagai faktor retensi (nilai Rf). Kaedah ini digunakan untuk tujuan analisis dan pengasingan secara sediaan. Contohnya, ekstrak metanol tongkat ali (Eurycoma longifolia) mengandungi sebatian eurikomanon yang dapat dikenal pasti melalui kaedah kromatografi lapisan nipis.
thin layer chromatography (TLC)kromatografi lapisan nipis (TLC)HerbaTiadaKaedah pemisahan pelbagai bahan kimia yang terdapat dalam herba. Fasa pegunnya terdiri daripada pepejal yang disebarkan dalam bentuk lapisan nipis pada plat penyokong yang dibuat daripada kaca, logam atau plastik. Fasa geraknya terdiri daripada campuran pelarut organik, bahan kimia dan bahan akueus. TLC digunakan dalam analisis kawalan kualiti kebanyakan bahan herba. Dalam analisis ini, larutan sampel herba biasanya dititiskan dalam bentuk tompok atau jalur pada satu hujung plat (garis dasar) dengan mikropipet. Plat tersebut dibangunkan dalam balang pembangunan yang tepu dengan fasa gerak. Bahan kimia dalam sampel akan terpisah dalam bentuk jalur dan menghasilkan profil kromatogram pada plat. Jalur terpisah ini dikesan sama ada di bawah cahaya nampak, sinaran ultralembayung atau selepas dirawat dengan reagen pewarna tertentu. Jenis warna, intensiti warna dan nilai faktor penahanan (Rf) bagi setiap jalur terpisah ditentukan. Nilai Rf dihitung daripada ungkapan a/b iaitu a ialah jarak yang dilalui oleh jalur terpisah dari garis dasar dan b ialah jarak yang dilalui oleh hadapan pelarut dari garis dasar. Kromatografi lapisan nipis juga digunakan untuk pemisahan kebanyakan bahan kimia seperti alkaloid, flavonoid, terpena dan sebagainya. Dalam TLC preparatif, jalur yang terpisah dikikis daripada plat, dan bahan kimianya diekstrak dengan pelarut yang bersesuaian. Analisis TLC kuantitatif dilakukan melalui kaedah densitometri.
gasketgasketKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaLapisan nipis yang dibuat daripada bahan yang lembu untuk mencantumkan dua bahagian berpermukaan rata supaya kedua-dua bahagian menjadi kedap dan ketat.
Rf valuenilai RfKimiaKimia AnalisisFaktor penahanan dalam kromatografi lapisan nipis atau kromatografi kertas yang mencirikan komponen yang dipisahkan. Ia diperolehi daripada nisbah jarak yang dilalui oleh komponen itu terhadap jarak yang dilalui oleh fasa gerak.
mercury electrodeelektrod raksaKimiaKimia AnalisisRaksa dalam bentuk takungan, titisan atau lapisan nipis yang digunakan sebagai elektrod misalnya dalam polarografi.
chromatogramkromatogramKimiaKimia AnalisisSebutan umum yang digunakan kepada rakaman kromatografi sesuatu pemisahan. Contohnya rakaman bintik yang berasingan di atas plat lapisan nipis atau kertas kromatografi.
aluminized valveinjap beraluminiumKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaInjap enjin yang diselaputi lapisan nipis aluminium yang membolehkan injap menjadi lebih nipis, keras, dan tahan.
densitometrydensitometriHerbaTiadaKaedah pengukuran kuantitatif berdasarkan ketumpatan optik komponen kimia yang menyerap sinaran ultralembayung dan sinaran tampak. Komponen kimia herba dipisahkan secara kromatografi lapisan nipis dan kuantiti setiap komponen yang terpisah dinilai menggunakan alat densitometer. Penilaian densitometri menggunakan bahan penanda berupaya menentukan tahap kualiti, keselamatan dan keberkesanan bahan mentah atau sediaan herba.
chromatographykromatografiHerbaPemiawaianKaedah pemisahan pelbagai sebatian dalam sesuatu campuran seperti ekstrak herba berdasarkan jerapan berpilih. Kromatografi terbahagi kepada kromatografi kertas, kromatografi turus, kromatografi lapisan nipis, kromatografi pertukaran ion, kromatografi gas, kromatografi gas-cecair dan kromatografi cecair. Dalam setiap kaedah ini, pelarut atau campuran pelarut yang disebut fasa gerak dan bahan penjerap yang disebut fasa pegun yang sesuai digunakan. Pelarut digunakan untuk menggerakkan sebatian dalam campuran tersebut melalui bahan penjerap dengan kelajuan yang berbeza dan dengan demikian, setiap sebatian dapat diasingkan.
Gooch cruciblemangkuk pijar GoochKimiaKimia AnalisisPenapis yang terdiri daripada cawan porselin yang mempunyai lubang-lubang kecil pada dasarnya dan ditutupi oleh satu lapisan nipis gentian asbestos yang bertindak sebagai medium penurasan. Ia juga dinekali sebagai penuras Gooch.
12

Kembali ke atas