analytical report | laporan analisis | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Dokumen yang mengandungi maklumat proses dan data pengujian untuk menentukan kualiti bahan atau produk akhir herba. Laporan analisis mengandungi keputusan semua piawai, sampel kawalan kualiti dan laporan pengesahsahihan analisis. Beberapa kromatogram atau data mentah yang berkaitan harus disertakan merangkumi seluruh julat kepekatan untuk semua piawai, sampel kawalan kualiti dan spesimen yang dianalisis. |
annual report | laporan tahunan | - | Tiada | Laporan komprehensif tahunan yang berkaitan dengan aktiviti dan prestasi kewangan sesebuah organisasi. |
inception report | laporan awal | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Laporan sesuatu kajian untuk mendapatkan persetujuan bidang tugas antara klien dengan pengkaji. |
clinical expert report | laporan pakar klinikal | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Dokumen yang mengandungi maklumat terperinci tentang sesuatu produk. Maklumat ini termasuk pengenalan tentang produk seperti tujuan laporan, profil produk, sumber maklumat dan status kelulusan, indikasi produk, butiran farmakologi dan farmakologi klinikal, data ketoksikan, farmakokinetik, farmakodinamik dan bioketersediaan, kajian percubaan klinikal dan kajian keselamatan, pemonitoran pascapemasaran, kelayakan pakar, bahan rujukan dan lampiran lain yang berkaitan. Di Malaysia, laporan pakar klinikal diperlukan bagi permohonan tambahan indikasi untuk produk berdaftar. |
actual departure report | laporan perlepasan sebenar | Pelancongan | Tiada | Maklumat pergerakan pengangkutan atau kenderaan dari satu destinasi ke destinasi yang lain. Laporan perlepasan sebenar mengandungi perincian, seperti waktu berlepas, nombor pendaftaran kenderaan dan senarai nama penumpang. |
monitoring report | laporan pengawasan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Dokumen bertulis yang lengkap berkaitan dengan penemuan sesuatu yang tidak mematuhi prosedur dan garis panduan. Laporan pengawasan penting untuk mengenal pasti arah aliran/kecenderungan/trend proses dan tindakan yang boleh diambil untuk penambahbaikan dan pencegahan. |
clinical trial report | laporan percubaan klinikal | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Dokumen bertulis tentang suatu percubaan klinikal yang berkaitan dengan terapi, profilaksis atau agen diagnostik yang dilakukan pada manusia. Laporan ini menyatakan penjelasan klinikal dan statistik, pembentangan, dan analisis. |
distributing result | keputusan edaran | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Laporan yang disediakan oleh pakar perubatan melalui aplikasi sistem tertentu dan diedarkan mengikut piawaian kesihatan aras 7 (HL7). Laporan daripada pelbagai format kepada format yang diiktiraf dapat diedarkan melalui sistem yang digunakan. |
adverse event report | laporan peristiwa mudarat | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Dokumen tentang sebarang tindak balas yang tidak dijangka oleh pengguna atau subjek kajian klinikal yang disebabkan oleh produk herba. Semua peristiwa mudarat yang serius harus dilaporkan kepada pihak berkuasa. Kejadian mudarat yang menyebabkan kematian atau yang mengancam nyawa harus segera dilaporkan melalui telefon, faks, e-mel atau secara bertulis. Di Malaysia, Jawatankuasa Penasihat Tindak Balas Ubat Mudarat Malaysia (MADRAC), iaitu jawatankuasa kecil Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), bertanggungjawab mengulas atau mengkaji semula semua laporan peristiwa mudarat. |
medical report | laporan perubatan | insurans | Tiada | Dalam insurans hayat dan kesihatan, dokumen ini mengandungi maklumat yang diisi oleh seseorang doktor atau pemeriksa yang bertauliah dan dimajukan kepada syarikat insurans untuk membuktikan kebolehinsuransan seseorang bakal insured. |