Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.rat] | لارت

Definisi : 1. dibawa arus, pergi jauh-jauh, hanyut: ada untung digantung sauh, kalau tidak ~lah kami; sauhnya ~ sauhnya hanyut (tidak dapat berkuat); 2. dlm berbagai-bagai erti bermaksud bertambah sangat (berdukacita, mengembara, dll): makin lama makin ~, makin dilupakan makin teringat; hati hiba membawa ~; ~ fikiran a) terlalu amat sedih; b) tersesar (fikiran); ~ hati sedih hati, lara; berlarat, berlarat-larat, melarat 1. bertambah jauh (hanyut, pergi, dll), berpanjang­-panjang, berkait-kait (perbualan, cerita, dll), berlarut-larut, menjadi-jadi, merebak: mereka bercakap berlarat-larat dr perkara tem­bakau sampai ke perkara politik; saya harap peperangan ini tidak melarat, mudah­-mudahan lekas padam dan berhenti; 2. tidak menentu (kedudukan dll), tidak terjaga: hidup mereka sangat melarat, pengangguran menjadi-jadi; melarat panjang selalu dlm kesusahan; memperlarat menjadikan lebih panjang (lama, rumit, dll); kemelaratan perihal (keadaan) melarat: ~ hidup; salah satu kecaman Allah ialah manusia yg tidak membantu ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.rat] | لارت

Definisi : terdaya, mampu (utk melakukan sesuatu pekerjaan); tak ~ tidak terdaya, tidak mampu: tak ~ hendak luluskan tali kerana sakit tangan; terlarat berupaya, terdaya: takkan ~ engkau hendak jadi pencuci kain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.rat] | لارت

Definisi : ; akar ~ sj tumbuhan (pokok renek yg memanjat), Melodorum spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.rat] | لارت

Definisi : 1 makin atau kian bertambah (ttg keadaan sesuatu spt luas, lama, panjang); larut; lanjut: Sakit ayahnya bertambah ~. 2 ki tidak menentu (ttg fikiran, kedudukan dsb); berubah-ubah; berkecamuk: sauhnya ~ sauhnya tidak dpt berkait pd dasar laut; orang ~ orang yg selalu mengembara. ~ fikiran a. berkecamuk fikirannya. b. berasa amat sedih. ~ hati sedih hati; lara. berlarat-larat terus-menerus (ttg sesuatu kejadian, keadaan dsb); berlarut-larut; berlanjut-lanjut: Mesyuarat tsb telah berlangsung ~ dr pagi hingga malam. melarat menjadi kian bertambah (besar, lama, panjang dsb); merebak; meluas: Aku berharap agar penyakitnya itu tidak akan ~. memperlarat menjadikan berlarat-larat; memperlama. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[la.rat] | لارت

Definisi : ; melarat 1 rugi; kerugian: manfaat dan ~ untung dan rugi. 2 miskin; sengsara: hidup ~. kemelaratan keadaan melarat; kemiskinan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[la.rat] | لارت

Definisi : berupaya; mampu: ~kah kamu memikul guni yg berisi beras itu? tak ~ tidak berupaya; tidak mampu. terlarat terdaya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
larat
Kata Terbitan : berlarat-larat,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
iluminated manuscriptmanuskrip berhiasKesusasteraanTiadaBahan tulisan daripada kertas, daun lontar dan sebagainya yang mengandungi tulisan yang dihias dan diwarnakan, contohnya teks sastera lama, tulisan suci seperti salinan ayat al-Quran yang dihias di tepi atau pada bingkainya dengan awan larat, arabes, dan khat. Selain itu, warkah emas atau surat-surat diraja juga dihias dengan bentuk lukisan yang sama. Surat tersebut biasanya diwarnakan dengan tinta emas. Oleh sebab itu, surat tersebut digelar surat emas atau warkah emas.

Kembali ke atas