Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata larut;


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
partition coefficientpekali sekatanKimiaKimia AnalisisNisbah di antara bahan larut per unit isi padu fasa pegun dengan jumlah zat larut per unit isi padu fasa gerak. Nilai ini bergantung pada suhu dan bahan larut yang digunakan. Bahan larut mestilah tidak terurai dalam sebarang pelarut.
ascorbic acidasid askorbikHerbaPemiawaianAsid organik, formula C6H8O6, berbentuk hablur putih, takat lebur 192oC, larut dalam air, larut sedikit dalam alkohol, tetapi tidak larut dalam eter, kloroform dan benzena. Asid ini terdapat secara semula jadi dalam buah-buahan sitrus, tomato dan sayuran hijau serta mudah teroksida apabila terdedah kepada haba dan cahaya. Asid askorbik dapat mencegah penyakit skurvi. Asid ini digunakan sebagai perisa, pewarna dan pengawet makanan serta dikenali juga sebagai vitamin C.
lipidlipidFizikNanoteknologiSebatian organik yang tidak larut dalam air, tetapi larut dalam pelarut organik yang tak berkutub. Sebatian ini terdiri daripada hidrokarbon alifatik rantai panjang dan sebatian terbitannya. Contoh sebatian ini ialah asid lemak, alkohol, amina, dan amino alkohol.
amphiphilicamfifilikFizikNanoteknologiSifat molekul yang mempunyai satu kumpulan terkutub yang bersifat larut air (hidrofilik), disangkut pada rantai hidrokarbon bukan terkutub yang tidak larut air (hidrofobik). Contohnya, molekul asid stearik yang rumus kimianya C17H35COOH, mempunyai kumpulan COOH yang larut air pada salah satu hujung dan kumpulan CH3 yang tidak larut air pada hujung yang satu lagi. Sifat amfifilik sangat diperlukan dalam proses pembentukan filem tipis tertentu seperti filem tipis Langmuir- Blodgett.
acid-insoluble ashabu tak larut asidHerbaTiadaAbu yang mengandungi bahan seperti silika dan silikat yang tidak larut dalam asid. Abu ini terhasil apabila abu total dirawat dengan asid hidroklorik dan dipijarkan pada suhu tidak melebihi 450�C sehingga mencapai berat tetap. Nilai peratusan kandungan abu tak larut asid diperoleh daripada ungkapan 100x/w iaitu x ialah kandungan abu tak larut asid dan w ialah berat asal bahan. Nilai yang melebihi had piawai menandakan kehadiran bahan pencemar pada bahan mentah herba seperti tanah dan pasir. Lihat abu total.
soluble fibreserat larut airSains KesihatanTiadaSerat yang larut dalam air.
insoluble fibreserat tak larutSains KesihatanTiadaSerat yang tidak larut air tetapi boleh menyerap air.
hydrophilic or water-soluble ointmentsalap larut airHerbaTiadaSalap yang mempunyai bahan asas yang larut air. Bahan asas ini mengandungi campuran makrogol (polietilena glikol) dalam bentuk cecair dan pepejal dan boleh mengandungi sedikit air. Contohnya, salap berasaskan lanolin yang diperoleh daripada bulu biri-biri.
alkaloidalkaloidHerbaPemiawaianSebatian bes organik bernitrogen yang mengandungi sekurangkurangnya satu atom nitrogen dalam gelang heterosiklik, mempunyai rasa pahit dan aktif secara fisiologi. Alkaloid boleh berbentuk cecair, tetapi kebanyakannya berbentuk pepejal, larut dalam alkohol, tidak larut dalam air dan boleh didapati terutamanya dalam tumbuhan. Tumbuhan dalam famili Apocynaceae, Rubiaceae, Solanaceae dan Papaveracea kaya dengan kandungan alkaloid. Contohnya, mitraginin daripada ekstrak daun ketum (Mitragyna speciosa) boleh bertindak sebagai ubat analgesik dan antiradang.
anacardic acidasid anakardikHerbaPemiawaianSebatian lipid organik yang mengandungi asid salisiklik dengan kumpulan penggantian rantai alkil yang mempunyai 13, 15 atau 17 atom karbon. Asid anakardik berbentuk cecair berwarna kuning, tidak larut dalam air dan larut dengan etanol dan eter. Contohnya, daun gajus (Anacardium occidentale) kaya dengan asid anakardik.
1234567

Kembali ke atas