PCX | PCX | Teknologi Maklumat | Tiada | Kependekan bagi PC PaintBrush X. PCX ialah format fail grafik raster untuk memampat imej monokrom, warna 2-bit, 4-bit, 8-bit, dan 24-bit. Format ini menggunakan RLE untuk menghasilkan nisbah pemampatan 1.1:1 hingga 1.5:1. Lazimnya format ini digunakan untuk imej latar belakang oleh aplikasi grafik yang digunakan pada komputer peribadi (PC). Format PCX dibangunkan oleh Zsoft Corporation untuk digunakan secara komersil pada program PC Paintbrush. Fail imej PCX berakhir dengan ‘.pcx’. Lihat pengekodan panjang jalan (RLE). |
background music | muzik latar | Sukan | Tiada | 1. Muzik latar yang tidak seirama dengan pergerakan atlet gimrama. |
background | latar | Komunikasi | Tiada | 1. Hiasan atau pemandangan yang berada di belakang subjek yang sedang dirakamkan. 2. Bunyi yang mengiringi bunyi utama. 3. Hasil lukisan, lakaran atau model tiga dimensi yang digunakan di belakang objek bergerak sewaktu penggambaran filem animasi. 4. Maklumat atau bahan sokongan bagi sesuatu penulisan berita. |
groundmass | jisim latar | Geologi | Tiada | 1. Bahan di antara fenokris sesuatu batuan igneus porfir.,2. Matriks suatu batuan endapan. |
diorama | diorama | Kesenian | Tiada | 1. Persembahan citra dalam bentuk tiga dimensi, biasanya bahagian latar belakangnya dilukis. |
open bite | gigitan bebas | Kesenian | Tiada | 1. Hakisan asid pada permukaan plat guris sengaja tidak dikawal dengan damar latar untuk mendapatkan kesan tertentu pada hasil cetak. |
seeding | jahit bijian | Kesenian | Tiada | 1. Jahit bijian: Jahit sulam silang yang terdiri daripada beberapa jahit kia tunggal yang dijahit untuk memenuhi latar belakang. |
oriental lace | renda oriental | Kesenian | Tiada | 1. Istilah umum untuk renda buatan China, Jepun, India, Turki dan Parsi.,2. Renda sulam yang latar belakangnya digunting atau dibakar dengan bahan kimia. Dibuat dengan menggunakan mesin Plauen. Kegunaan: membuat pakaian, langsir dan trimin. |
population III | populasi III | Matematik | Tiada | 1. Populasi andaian bagi bintang superpadat yang mungkin wujud sebelum galaksi terbentuk dan mungkin telah menghasilkan kandungan helium alam semesta dan sinaran latar belakang mikrogelombang yang mempunyai kaitan dengan peringkat awal letupan besar. |
romance | roman; hikayat | Kesusasteraan | Tiada | 1. Prosa naratif yang mengisahkan tentang kepahlawanan, kehebatan, pengembara dan percintaan.,2. Novel prosa rekaan yang panjang yang menonjolkan tokoh-tokoh dan menampilkan serangkai peristiwa dan latar secara tersusun. |