random practice | praktis rawak | Sains Sukan | Biomekanik | Kaedah latihan yang menumpukan aspek kemahiran dalam satu sesi latihan. Kaedah latihan ini memerlukan individu melakukan pelbagai lakuan dalam urutan yang rawak agar tiada pengulangan sesuatu lakuan. Contohnya, mengajar servis pendek, servis lob dan servis kilas dalam permainan badminton. |
National Dual Training System (NDTS) | Sistem Dwilatihan Kebangsaan | Pengurusan | Tiada | Latihan kemahiran berorientasikan industri yang melibatkan dua situasi pembelajaran, iaitu latihan praktikal di syarikat dan latihan teori di Pusat Latihan NDTS. |
trained personnel | individu terlatih | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Seseorang yang telah menerima latihan teori, amali dan latihan lain yang bersesuaian dan relevan dengan tugasnya. Latihan berterusan perlu diberikan dan keberkesanannya disemak secara berkala bagi memastikan kompetensi individu terlatih berada pada tahap yang baik. |
reversibility principle | prinsip kebolehbalikan | Sains Sukan | Biomekanik | Prinsip yang menyatakan bahawa kebolehbalikan latihan akan berlaku apabila atlet berhenti berlatih selepas 72 jam sesi latihan terakhir. Hal ini bermakna, tahap kecergasan atlet akan mula menurun ke tahap kecergasan seperti sebelum latihan. Atlet perlu merancang masa latihan dan rehat yang sesuai supaya kesan kebolehbalikan yang merugikan tahap kecergasan tidak menjejaskan kesan latihan yang terdahulu. |
web-based training (WBT) | latihan berasaskan web (WBT) | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Pendekatan latihan yang menggunakan kandungan web sebagai sumber untuk tujuan penyampaian kandungan dan menjalankan aktiviti-aktiviti latihan. |
blocked practice | praktis blok | Sains Sukan | Biomekanik | Kaedah yang menumpukan satu aspek kemahiran sahaja dalam satu sesi latihan. Dalam sesi latihan ini, hanya satu kemahiran sahaja yang dilakukan seperti melakukan servis pendek dalam permainan badminton. Kemahiran lain seperti servis lob, servis kilas dan sebagainya tidak diajar. |
criterion referenced instruction (CRI) | pengajaran berpandukan kriteria (CRI) | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Pendekatan pengajaran yang memperincikan set kaedah mereka bentuk dan penyampaian pengajaran khususnya latihan. Pembelajaran atau latihan dalam talian berasaskan CRI biasanya mampu diri dan kaya sumber media. Pada akhir pembelajaran, pelajar dikehendaki menduduki ujian kecekapan berasaskan kriteria yang ditetapkan bersesuaian dengan idea utama CRI, iaitu pembelajaran penguasaan dan pengajaran berorientasikan prestasi. Biasanya, CRI diguna pakai dalam pembelajaran atau latihan teknikal bersesuaian dengan objektif pengajaran yang diterbitkan daripada kriteria prestasi kerja dan kecekapan yang perlu dikuasai. |
cross-training | latihan silang | Pelancongan | Tiada | Latihan yang memberikan pelbagai pendedahan kepada staf untuk meningkatkan kemahiran dan keterampilan. |
auditory training | latihan auditori | Sains Kesihatan | Tiada | Latihan yang dirancang untuk meningkatkan keupayaan sistem auditori. |
circuit training | latihan litar | Sukan | Lumba Basikal | Latihan jasmani secara pusingan yang terdiri daripada pelbagai senaman,dalam jangka masa yang ditentukan. |