north north east | utara timur laut | Geografi | Tiada | Arah di antara utara dan timur laut. |
recurvature | pelengkungan | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Perubahan arah pergerakan siklon tropika yang selalunya berlaku semasa siklon tropika bergerak di latitud tengah. Di hemisfera utara siklon tropika bergerak menghala ke barat atau barat laut melengkung ke arah timur laut. Di hemisfera selatan, siklon tropika bergerak menghala ke barat atau barat daya melengkung ke arah tenggara. |
trade wind | angin pasat | Sains | Hidrometeorologi | Angin yang bertiup dari jalur tekanan tinggi subtropika, berpusat pada 30� - 40� utara dan selatan, kearah khatulististiwa. Angin ini bertiup dari timur laut di Hemisfera Utara dan dari tenggara di Hemisfera Selatan. Ciri-ciri jalur angin pasat berubah mengikut longitud. Ketunakan angin ini hanya jelas terdapat di jalur latitud yang lebarnya 10� - 15� , berpusat di sekitar 15� utara dan selatan (tetapi berubah mengikut musim), terutamanya di sebelah timur lautan tropika. Cuaca baik wujud di kawasan yang mengarah ke kutub dan bahagian timur lautan tropika. Cuaca baik terdapat di kawasan yang mengarah ke kutub dan bahagian timur jalur disebabkan oleh penurunan antisiklon yang nyata yang dialami oleh udara angin pasat. Pada arah khatulistiwa dan kawasan lautan barat jalur ini, kestabilan udara menurun disebabkan oleh penambahan kelengasan; keadaan cuacanya lebih berlawan dan berhujan, dan kadang-kadang menjadi lebih buruk akibat penumpuan mendatar udara dan perkembangan siklon. |
trade wind | angin pasat | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Angin yang bertiup dari jalur tekanan tinggi subtropika, berpusat pada 30� - 40� utara dan selatan, kearah khatulististiwa. Angin ini bertiup dari timur laut di Hemisfera Utara dan dari tenggara di Hemisfera Selatan. Ciri-ciri jalur angin pasat berubah mengikut latitud dan longitud. Ketunakan angin ini hanya jelas terdapat di jalur latitud yang lebarnya 10� - 15� , berpusat di sekitar 15� utara dan selatan (tetapi berubah mengikut musim), terutamanya di sebelah timur lautan tropika. Cuaca baik wujud di kawasan yang mengarah ke kutub dan bahagian timur lautan tropika. Cuaca baik wujud di kawasan yang mengarah ke kutub dan bahagin timur jalur disebabkan oleh ataman antisiklon yang dialami oleh udara angin pasat. Pada arah khatulistiwa dan kawasan lautan sebelah barat jalur ini, kestabilan udara menurun disebabkan oleh penambahan kelengasan, keadaan cuacanya lebih berlawan dan berhujan, dan kadang-kadang menjadi lebih buruk akibat pumpunan udara secara mendatar, dan perkembangan siklon. |
khamsin | khamsin | Sains | Hidrometeorologi | Angin gurun yang panas, biasanya berdebu dan kering, di Mesir dan Laut Merah. Selalunya ia bertiup dari selatan atau tenggara dan terjadi di hadapan tekanan rendah yang bergerak ke timur merentasi Afrika Utara atau tenggara Mediterranean. Khamsin yang tebal berlaku pada musim bunga dengan tekanan rendah bergerak ke arah timur-timur laut merentasi utara Sahara. Angin ini didahului oleh gelombang haba yang berkekalan selama tiga hari dan diikuti ribut debu. Laluan tekanan rendah dicirikan oleh suatu perenggan sejuk yang membawa udara Mediterranean dan menyebabkan jatuhan suhu yang mengejut. |
dangerous semicircle | semibulatan bahaya | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Kawasan siklon tropika yang terletak di sebelah kanan arah pergerakannya di Hemisfera Utara (sebelah kiri jika di Hemisfera Selatan). Di kawasan ini, angin kencang dan laut bergelora, kapar yang berlayar biasanya akan cenderung masuk ke laluan siklon tropika, dan sekiranya ribut tropika membalik ke belakang pusatnya selalunya merentas haluan sesebuah kapal. Bandingkan semibulatan aman. |
khamsin | khamsin | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Angin gurun yang panas, biasanya berdebu da kering, di Mesir dan Laut Merah. Selalunya angin ini bertiup dari selatan atau tenggara dan terjadi di hadapan tekanan rendah yang bergerak ke timur merentasi Afrika Utara atau tenggara mediterranean. Khamsin yang tebal berlaku pada musim bunga dengan tekanan rendah bergerak ke arah timur-timur laut merentasi utara Sahara. Angin ini didahului oleh gelombang haba yang berkekalan selama tiga hari dan diikuti ribut debu. Laluan tekanan rendah bercirikan suatu perenggan sejuk yang membawa udara Mediterranean dan menyebabkan jatuhan suhu yang mendadak. |
kona | kona | Sains | Hidrometeorologi | Angin ribut yang mengandungi hujan dari barat daya dan selatan barat daya di Hawaii. Ia bertiup lebih kurang lima kali setahun di cerun barat daya, iaitu cerun teduhan angin bagi angin pasat timur laut lazim (kona ialah perkataan Polynesia yang bermakna arah teduhan angin). Ia berkait dengan ayunan ke selatan atau ke tenggara tekanan rendah Aleutia dan laluan tekanan rendah sekunder (siklon kona) dari barat laut ke tenggara, di utara pulau-pulau tersebut. |
wind divide | legih angin | Sains | Hidrometeorologi | Suatu rupa muka separa kekal edaran atmosfera (biasanya, rabung tekanan tinggi). Di sisi-sisinya yang bertentangan, arah angin lazim berbeza sekali. Suatu contoh yang baik ialah rabung yang menganjur dari kawasan tekanan tinggi Siberia ke barat merentasi Eropah tengah dan Perancis di musim sejuk dan, kurang kerap, dari kawasan tekanan tinggi Azores merentasi Sepanyol dan Perancis ke Eropah tengah di musim panas. Ke utara dari rabung ini, angin lazim bertiup dari barat-barat daya, sementara ke selatan dari rabung ini angin lazim umumnya dari timur laut. |
blocking anticyclone | antisiklon halang | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Kawasan tekanan tinggi yang terbentuk di Siberia pada musim sejuk, yang dapat dilihat jelas dicarta min tekanan aras laut. Antisiklon ini berpusat berhampiran dengan Tasik Baikal dan min tekanan aras lautnya melebihi 1030 hPa dari akhir November hingga keawal Mac. Keamatan antisiklon ini diperkuat oleh gunung yang mengelilingi kawasan tersebut yang menghalang udara sejuk mengalir keluar. Di pusat antisiklon, uda yang biasanya berkitar ikut arah jam diganti oleh angin katabatik yang menuruni lurah sungai; tetapi di sebelah timur di sepanjang pantai Pasifik, terdapat jalur angin utara yang amat kuat. Pada musim panas, kawasan antisiklon Siberia digantikan oleh kawasan tekanan rendah. |