Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : terbang; baju (kain) ~ sl baju (kain) yg membolehkan orang terbang; surat ~ surat yg tidak dibubuh nama pengirimnya, surat terbang; selayang sambil lalu (pandangan, perhatian, dll), selintas, sepintas: ~ pandang (lalu); layang-layang 1. = layangan Jk sj rangka drpd kayu dan dibaluti kertas yg boleh diter­bangkan ke udara dgn tali, wau; 2. bahagian rumah antara bumbung dgn dinding yg berbentuk segi tiga; ~ putus talinya prb sudah putus harapan (bergantung pd nasib); ke mana hendak pergi ~ itu, talinya di tangan kita prb orang yg lemah itu tidak akan lepas drpd hukuman orang yg berkuasa (orang yg berhutang itu tidak akan lari kalau jaminan ada pd kita); macam memegang tali ~ prb perihal orang yg berkuasa ke atas orang lain; berlayangan berterbangan (spt bulu ditiup angin); melayang, berlayang ark 1. terbang dgn tidak mengipas-ngipaskan sayap, terkatung­-katung di udara (kertas atau daun ditiup angin, kapal terbang, dll): beberapa kali kapal terbang kipas empat ~ rendah di atas hutan tempat kami bersembunyi; 2. tidak tenggelam dan tidak timbul (dlm air); 3. ki hilang (nyawa dll), lenyap, tidak tenang (fikiran): ~ fikiran; ~ nyawa (jiwa) mati; melayangkan 1. membuat supaya terbang atau melayang, menerbangkan: yg bulat digolek­kan, yg pipih dilayangkan; 2. mengarahkan (pandangan dll), menghalakan, mengirimkan (surat dll): sesudah bersalam-salaman, Rosli ~ matanya ke kiri dan ke kanan; ~ surat mengirimkan surat; terlayang, terlayang-layang 1. dlm keadaan melayang(-layang), berterbangan: tiap-tiap biji spora itu akan terlayang-layang di udara sehingga jatuh di suatu tempat lalu ber­cambah; 2. = mata(nya) ~ tertidur, terlena: sudah berkokok ayam tanda hari akan siang, barulah matanya terlayang-layang hendak tidur; pelayangan ark baju (kain) layang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : terbang: baju (kain) ~ baju (kain) yg menyebabkan pemakainya dpt terbang. layang-layang 1 mainan yg dibuat drpd kertas dsb yg dpt diterbangkan ke udara dgn menggunakan tali; wau. 2 = burung ~ nama sj burung, Hirundapus caudacutus cochinchinensis. berlayangan berterbangan (spt bulu atau kertas ditiup angin). melayang 1 terbang dgn tidak menggerakkan sayap; terkatung-katung di udara; jatuh perlahan-lahan seakan-akan terbang (bkn kertas atau daun ditiup angin): Sebuah kapal terbang jenis B 29 kelihatan terbang ~ di angkasa kota Hiroshima. 2 ki hilang (nyawa dll); lenyap; mati: Banyak nyawa yg ~ akibat peperangan itu. melayangkan 1 membuat supaya terbang atau melayang; menerbangkan: Ia ~ pinggan itu keluar tingkap. 2 mengirim (surat); menghalakan (pandangan dll): Dia sudah ~ tiga pucuk surat ke Sabah tetapi belum juga mendapat jawapan. terlayang, terlayang-layang 1 dlm keadaan melayang: ~ bagai bulu sehelai. 2 tertidur; terlena: Sampai ~ ia di kerusi malas itu semasa mendengar muzik. selayang sambil lalu (bkn pandangan dll); sepintas: ~ pandang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Layang-layang terbang melayang,
     Marilah hinggap di hujung ranting;
Siapa bilang kamek tak sembahyang,
     Di dalam tidur membawa sembahyang.


Lihat selanjutnya...(36)
Peribahasa

Laksana layang-layang putus teraju.

Bermaksud :

Tinggal berserah kepada nasib saja, daya upaya sudah tiada lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai wau putus teraju, b. Layang-layang putus talinya).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
estrangementpenganehanKesusasteraanTiadaStrategi penulisan untuk menjadikan sesuatu yang biasa menjadi luar biasa. Konsep ini dicipta oleh Victor Shklovsky daripada aliran Formalisme Rusia. Dalam eseinya �Art as Technique�, Chklovsky membincangkan bagaimana persepsi seseorang mengenai sesuatu objek atau keadaan menjadi automatik apabila perkara tersebut sudah lazim atau biasa dialami. Oleh itu, objektif sastera mencabar automasi dan kelaziman tersebut dengan mengembalikan sensasi seolah-olah pembaca pertama kali mengalaminya. Contohnya, sajak A. Ghafar Ibrahim berjudul �Tan Sri Bulan�. Beliau menganehkan objek layang-layang dengan menggambarkannya sebagai: Baju nipis dengan garang, menepis-nepis mengerang girang. Layang-layang merupakan suatu objek yang biasa dilihat sehinggakan kewujudannya tidak menghairankan lagi. A. Ghafar Ibrahim menganehkan layang-layang dengan menggambarkannya sebagai sehelai baju, dan beliau seterusnya mempersonifikasikan baju tersebut.
flying kisskucupan layangUmumTiadaCiuman simbolik yang diberikan kepada orang lain dengan mencium tangan sendiri kemudian menghalakan tangan ke arah penerima.
smear campaignkempen kotorSains PolitikPolitik PerbandinganKempen yang dilakukan untuk memburukkan pihak tertentu dalam satu persaingan politik untuk menjatuhkan pihak lawan. Kempen ini boleh dibuat dalam bentuk cerita negatif mengenai seseorang itu secara lisan, disebar melalui e-mel, surat layang, ceramah atau percakapan dengan orang ramai. Kempen ini juga melibatkan cerita peribadi, keluarga, ketidakupayaan calon, atau khabar angin yang sukar untuk dibuktikan. Contohnya, cerita negatif mengenai kekayaan keluarga Soeharto sering disebarkan untuk menjatuhkan mereka.
conspiracykonspirasiSains PolitikPolitik PerbandinganPerancangan sulit yang dilakukan oleh individu atau kelompok tertentu bagi mengatasi dan menewaskan pihak lawan. Perancangan ini dibuat secara rapi sehingga pihak lawan dan masyarakat tidak mengetahui dalang sebenarnya. Konspirasi ini berlaku dalam pelbagai bentuk seperti fitnah, surat layang atau berita palsu yang dilakukan oleh seseorang atau kumpulan tertentu yang merupakan proksi atau tali barut perancang. Selain itu, konspirasi boleh juga berlaku secara kudeta, pembunuhan dan rusuhan yang menggunakan pihak tertentu seperti tentera dan pembunuh upahan, gerila serta kongsi gelap. Contohnya, kempen antikeganasan pentadbiran Bush di Amerika Syarikat merupakan satu bentuk konspirasi untuk menjatuhkan rejim Saddam Hussein di Iraq. Sinonim komplot.

Kembali ke atas