Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.yar] | لاير

Definisi : 1. kain penampung angin (utk menjalan­kan perahu, kapal): setelah itu sauh dibongkar, ~ pun ditarik, belayarlah geliung panjang itu; kapal ~ kapal yg menggunakan layar; 2. tirai, penutup jendela, dll, langsir; 3. = ~ perak (putih) kain tempat menayangkan wayang gambar (wayang kulit dll): bintang-bintang lawak di ~ perak cuma berada di bibir mulut peminat-peminat filem selagi mereka ber­lakon; 4. = kain ~ sj kain tebal (utk dibuat layar); ~ agung layar yg terbesar (pd kapal); ~ apit layar pendua (bagi layar agung); ~ batang layar yg dipasang pd kayu yg menghubungkan tiang dgn hujung layar itu; ~ bubutan (temberang) layar dekat layar agung (utk membelok); ~ bulu ayam layar pengimbang (pd tali penyokong tiang); ~ cucur layar segi tiga (yg dipasang pd tiang yg terdepan), jib; ~ dastur (pinggir) layar kecil sbg pembantu layar yg besar; ~ gap (gusi) layar yg dipasang pd canggah yg dilekatkan di bahagian atas tiang kapal; ~ padau layar yg dipasang ketika angin ribut; ~ pengapuh layar yg dipasang di atas layar terbawah; ~ penyorong (baksi) layar yg dipasang pd tiang belakang jib; ~ pucuk jala (tanjak, tanjung) layar besar di belakang jib; ~ sabang layar yg dipasang pd tiang perahu kecil di belakang; ~ terbang (top) layar segi empat yg dipasang melandai pd tiang; ~ topang layar yg terbesar pd tiang depan; ~ menimpa tiang prb seseorang yg diharapkan menjadi pembelot; berlayar menggunakan layar (perahu, kapal): perahunya lilin ~ kertas; belayar 1. berjalan atau bergerak (bkn kapal atau perahu): kapal itu sedang ~ menuju ke pelabuhan Kelang; 2. pergi (berpergian) dgn kapal atau perahu: mereka akan ~ ke India dgn menaiki kapal penumpang; ~ dulu ki meninggal dunia; ~ ke pulau kapuk tidur; ~ atas angin prb berbuat sesuatu atas perbelanjaan orang lain; ~ bernakhoda, berjalan dgn yg tua prb segala pekerjaan lebih baik diusahakan di bawah pimpinan orang yg lebih berpengalaman; ~ sambil memapan, merapat sambil ~ prb sekali melakukan kerja, dua tiga maksud tercapai; berbuat di alang tahun, ~ di luar musim prb mengerjakan sesuatu pekerjaan tidak pd waktunya tentu tidak mendapat hasil; melayari belayar di (laut, sungai) dgn kapal atau perahu, mengharungi: tiga hari sudah mereka ~ laut lepas dgn tiada diganggu oleh apa-apa jua; ~ Internet mencari dan men­dapatkan maklumat, data dsb dlm Internet; melayarkan membuat supaya belayar (kapal, perahu), menjalankan (kapal, perahu), mem­bawa belayar: kapal itu dilayarkan kembali ke pangkalannya; pelayaran perihal belayar, perjalanan kapal dsb: pejabat ~; sekolah ~; selama dlm ~ itu, ia tidur atau duduk sahaja; orang ~ orang yg kerjanya belayar, pelayar; berpelayaran ark telah biasa atau selalu belayar; pelayar 1. orang yg kerjanya belayar; 2. (Komp) sj program komputer yg digunakan utk melayari Internet: laman Web ini hanya boleh dibuka dgn menggunakan ~ Netscape Navigator sahaja; 3. (Komp) orang yg melayari Internet: ~ boleh mendapatkan maklumat dr laman Web; kepelayaran hal, sifat dsb yg berkaitan dgn pelayar: semuanya bermula drpd sifat ke­pahlawanan dan ~ orang Melayu pd waktu itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.yar] | لاير

Definisi : 1 kain tebal penadah angin utk menjalankan kapal atau perahu: kapal ~ kapal yg menggunakan layar. 2 tabir atau tirai yg dipasang di jendela (pintu); langsir. 3 = ~ perak (putih) kain dsb tempat menayangkan wayang gambar (wayang kulit). berlayar 1 memakai layar: Perahunya ~ kajang. 2 = belayar bergerak di air (bkn kapal, perahu dll). 3 = belayar pergi ke sesuatu tempat dgn menaiki kapal atau perahu: Tiga hari lagi mereka akan ~ ke sana. melayari belayar di laut atau di sungai dgn kapal atau perahu: Ia sudah pernah ~ Selat Melaka seorang diri. ~ Internet mencari dan mendapatkan maklumat, data dsb dlm Internet. melayarkan 1 membuat supaya belayar; menjalankan kapal atau perahu: Beliau telah ~ kapal tsb ke Jepun. 2 membawa pergi dgn kapal atau perahu; membawa menaiki kapal atau perahu: Awi Dicu telah ~ Raja Pasai kembali ke negerinya. pelayaran 1 hal (ilmu dsb) yg berkaitan dgn cara melayari laut atau cara melayarkan kapal: ilmu ~; sekolah ~. 2 perjalanan dgn kapal atau perahu; perbuatan belayar: Dlm ~ itu, Hang Tuahlah yg menjadi ketua. pelayar 1 orang yg kerjanya belayar. 2 program komputer yg digunakan utk melayari Internet: Laman web ini hanya boleh dibuka dgn menggunakan ~ Netscape Navigator. 3 orang yg melayari Internet: ~ boleh mendapatkan maklumat ttg perkara itu dr laman web tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
layar
Kata Terbitan : belayar, melayari, melayarkan, pelayar,

Puisi
 

Layar bertangkup Malimku tidur,
     Dibanguni oleh Tengali;
Gelak rasaku akan mengundur,
     Air mata terasa kumandi.


Lihat selanjutnya...(14)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
yatching tourismpelancongan kapal layarPelanconganTiadaAktiviti pelancongan rekreasi dengan menggunakan kapal layar.
raster patterncorak rasterKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaCorak yang dipaparkan di atas layar osiloskop, yang menunjukkan isyarat voltan pencucuh yang tersusun dari bawah ke atas di atas layar, menurut susunan aturan nyalaan enjin yang diuji.
gable roofbumbung tebar layarPenilaian Harta TanahTiadaTiada
gable walldinding tebar layarPenilaian Harta TanahTiadaTiada
pedimentpedimenKesenianHiasan DalamanTebar layar berbentuk segi tiga rendah menonjol yang sekelilingnya dihiasi dengan birai hias timbul, yang dibina di atas portiko. Struktur yang menyerupai juga terdapat di bahagian atas pintu dan tingkap. Dalam pembinaan perabot pula dijadikan hiasan pada kepala permukaan hadapan almari. Bentuk pedimen corak pecah paling banyak dihasilkan berbanding bentuk lain. Bentuk ini dihasilkan apabila garisan yang menjurus ke atas terputus semasa hampir bertemu bucu puncak.
Bjerrum screenskrin BjerrumSains KesihatanTiadaLayar hitam yang digunakan untuk mencerap dan menyurih medan penglihatan.
firing linegaris nyalaan pencucuhKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaGaris yang dipaparkan di atas layar osiloskop, yang menunjukkan masa palam pencucuh mula menghasilkan bunga api.
aperture stophentian aperturSains KesihatanTiadaLubang, biasanya berbentuk bulat dengan pelbagai diameter pada layar untuk mengehadkan julat fokus atau medan penglihatan suatu sistem optik.
oscilloscopeosiloskopKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaAlat uji elektrik yang memaparkan corak gelombang cucuhan bunga api pada layar.
parade patterncorak paradeKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaCorak voltan pencucuh yang berubah mengikut masa, yang dipaparkan di atas layar osiloskop dalam satu baris dari kiri ke kanan sepanjang paksi mengufuk menurut urutan nyalaan enjin yang sedang diuji.
12

Kembali ke atas