Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj tumbuhan (pokok); jenis-jenisnya: a) = ~ bunga = ~ hitam = ~ kunyit = ~ nasi-nasi = ~ tanduk sj tumbuhan (pokok), Vitex pubescens; b) lenggundi, Vitex negundo; ~ bunga = ~ kunyit gading kahwa, halban, pokok gelang kapur, Vitex longisepala; ~ bunga = ~ tanduk, Vitex quinta; ~ bunga belakang ular, cencang, cungkil, tumbit kayu, Allophylus ternatus; ~ condong mengkedi, Engelhardtia nudiflora; ~ nasi = ~ pacat = ~ pelanduk galang dapur, pelong, selongcong, setulang, Vitex gamosepala; pucuk ~ gading gajah, kerja segan makan gagah prb (orang yg) malas bekerja tetapi kuat makan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata leban I


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lebanlebanPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi kayu dan pokok Vitex spp. daripada famili Verbenaceae. Nama tempatannya di Sabah ialah kulimpapa, dan di Sarawak ialah leban paya. Spesies utamanya ialah V. pinnata. Gubal kayu leban berwarna lebih muda dan dapat dibezakan daripada teras kayunya, yang biasanya berwarna coklat kekuningan. Tekstur kayunya halus dan sekatadengan ira yang lurus atau bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 705 hingga 880 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang keras dan berat. Pokok leban biasanya kecil dan bengkok, dengan ketahanan semula jadi kayunya yang baik, dan sesuai untuk dibuat tiang, hulu perkakas, gasing, dan bahan ukiran.
pepauhpepauhPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Euodia spp. daripada famili Rutaceae. Nama tempatannya di Semenanjung termasuk cabang tiga, leban nasi, dan pauh-pauh, dan di Sabah ialah pauh-pauh. Spesies utamanya ialah Euodia glabra dan E. roxburghiana. Gubal kayu pepauh sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna putih kuning. Tekstur kayunya halus dan sekata dengan ira yang lurus atau agak bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 480 hingga 585 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang lembut dan ringan. Kayu ini tidak tahan tetapi sesuai digunakan untuk kemasan dalaman, papan panel, kayu kumai, papan lapis, pembungkus, dan kerja ukiran.

Kembali ke atas