Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (lébar) 1. lapang (kawasan dll), luas, tidak sempit: Jawa Tengah tidak se~ Jawa Barat dan Jawa Timur; 2. lintang (lwn panjang) pd sesuatu kawasan: ~ tanah ini kira-kira dua puluh meter; ia tersenyum ~; ~ mulut (orang yg) banyak cakap; melebar menjadi (lebih) lebar: senyuman Datuk Ujang yg sudah tumpas tadi ~ semula; melebarkan membuat jadi lebar, melapang­kan, meluaskan: mereka datang hendak ~ tanah jajahan mereka; ~ jalan-jalan yg sempit; memperlebar menjadikan lebih lebar; kelebaran keadaan lebar; pelebaran perihal atau perbuatan melebar­kan, peluasan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bunyi spt bunyi orang terjun ke dlm air, cebur; ~-lebu bunyi spt bunyi denyutan jan­tung yg kencang (kerana terperanjat dll), berdebar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /lébar/ 1 tidak sempit; luas (bkn kawasan); lapang: Jalan di sana ~-~ belaka. 2 lintang sesuatu bidang (lw panjang): ~ kawasan itu ialah 10 meter dan panjangnya 30 meter. melebar menjadi lebar: Senyumnya makin ~ sewaktu melihat telatah anaknya. melebarkan menjadikan lebar; membesarkan; meluaskan: Pekerja-pekerja sedang ~ jalan. memperlebar menjadikan lebih lebar: Kerja-kerja ~ jalan raya itu dilakukan pd waktu malam. pelebaran perbuatan, hal dsb melebar atau melebarkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lebar
Rujuk :lapang

Puisi
 

Tanam tebu beruas-ruas,
     Tanam dari tepi telaga;
Lautan lebar bukankah luas,
     Kenapa kapal selalu berlaga?


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Menghubung hendak panjang,
     menyebar hendak lebar.

Bermaksud :

Perkahwinan yang akan menambahkan keluarga di kedua belah pihak.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
widthukur lebar; lebar; kelebaranFizikTiadaTiada
widthukur lebar; lebar; kelebaranMatematikTiadaTiada
widthukur lebar; lebar; kelebaranKomunikasiTiadaTiada
widthukur lebar; lebar; kelebaranKejuruteraanTiadaTiada
apin lantungan (Mur.)apin lantungan (Mur.)KesenianTiadaTikar besar daripada rotan jenis besar. Rotan dijalur dalam bentuk kepingan yang lebar-lebar.
half-widthseparuh lebar/setengah lebarKimiaTiada1. Separuh lebar puncak tenaga dalam taburan spektrum, disukat di antara dua titik setengah amplitud.,2. Separuh lebar lengkung sambutan di antara titik setengah kuasa.
half breadthsetengah lebar/separuh lebarFizikTiadaTiada
half-widthseparuh lebar/setengah lebarFizikTiadaTiada
half-widthseparuh lebar/setengah lebarMatematikTiadaTiada
bandwidthlebar jalurTeknologi MaklumatTiadaLebar ruang dalam spektrum frekuensi yang dibatasi dua frekuensi dan jumlah maklumat yang boleh melalui rangkaian komunikasi, bas komputer atau saluran komputer . Unit lebar jalur adalah dalam bait per saat, bit per saat atau Hertz(kitaran per saat). Lebar jalur bagi teknologi LAN dan WAN adalah seperti dalam jadual berikut: Teknologi LAN Lebar Jalur Ethernet 10 Mbps (kongsi) Ethernet Bersuis 10 Mbps (nod ke nod) Ethernet Laju 100 Mbps Ethernet Gigabit 1000 Mbps Gelang Token 4, 16 Mbps Gelang Token Laju 100, 128 Mbps FDDI/CDDI 100 Mbps ATM 25, 45, 155, 622, 2488 Mbps Teknologi WAN Lebar Jalur T1 24 x 64 Kbps = 1.5 Mbps T3 672 x 64 Kbps = 44.7 Mbps T1 pecahan N x 64 Kbps Dail melalui
12345678910...

Kembali ke atas