Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.bat] | لبت

Definisi : 1. banyak dan rapat tumbuhnya (rambut, bulu, buah, daun, dll): rambutnya ikal, ~ dan hitam; kian lama kian jauh perjalanan kita, kian lama kian ~ rimba yg dituju; pokok ini ~ buahnya; 2. banyak lagi tebal (hujan, embun, dll): hujan yg turun dgn ~nya pd pagi itu masih belum sidang-sidang lagi; 3. banyak lagi penuh (bkn corak kain dsb): dia boleh menyiapkan sehelai kain songket yg ~ corak emasnya dlm masa dua belas hari sahaja; melebat menjadi lebat (hujan, buah-buahan, dll): hujan mula ~ kembali; melebatkan menjadikan atau menyebabkan lebat: minyak yg dikatakan dapat ~ rambut; sj baja yg digunakan utk ~ buah mangga setiap kali musim berbuah; kelebatan perihal lebat (hujan); pelebat (bahan) yg melebatkan: lemak udang pula boleh dijadikan bahan ~ rambut atau bulu roma. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.bat] | لبت

Definisi : 1 banyak dan rapat tumbuhnya (bkn rambut, bulu, buah, bunga dll): Buah jambu itu sangat ~. Bulu keningnya ~ dan hitam. 2 banyak lagi tebal (bkn hujan, embun): ~ betul hujan petang tadi. melebat menjadi lebat (bkn buah-buahan, hujan dsb): Hujan ~ semula. melebatkan menjadikan lebat: Utk ~ buahnya, kita terpaksa membantu dlm proses pendebungaannya. kelebatan keadaan atau hal lebat: ~ rambut. pelebatan perbuatan, hal dsb melebat atau melebatkan. pelebat bahan yg melebatkan: ~ rambut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lebat
Rujuk :tebal

Puisi
 

8Betapa lebat bunga remia,
     Lebat lagi bunga pegaga;
Betapa hebat pakaian dunia,
     Hebat lagi pakaian syurga.


Lihat selanjutnya...(39)
Peribahasa

Mengenalkan diri bagai pisang lebat.

Bermaksud :

Mendapat kecelakaan kerana perbuatannya atau tabiatnya sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
gully erosionhakisan galurHerbaTiadaSejenis hakisan tanah ladang herba akibat penumpuan larian air selepas hujan lebat yang membentuk galur di tanah. Hakisan tanah perlu dikawal untuk mengurangkan kemusnahan tanaman herba.
lampoonlampunKesusasteraanPuisiPuisi yang isi atau amanat yang disampaikan oleh penyairnya penuh dengan unsur dan nada sindiran. Contohnya, pantun empat kerat dalam Bunga Gerimis susunan Dharmawijaya di bawah. Berbunga lebat pohon rambutan, Hinggap tempua berjuntai kaki; Bila dapat memandang bulan, Jangan lupa rumput di bumi.
hurricanetaufanSains MarinTiadaRibut tropika yang berputar laju, kerap terjadi di Lautan Atlantik dan timur laut Lautan Pasifik. Ribut ini mempunyai ciri-ciri seperti kawasan titik tengah yang bertekanan rendah, suatu ruang pengudaraan tertutup yang mempunyai tekanan atmosfera rendah dan ribut petir yang menyebabkan hujan lebat. Taufan sering berlaku di kawasan jasad air, secara relatifnya bersuhu tinggi yang menjana tenaga daripada penyejatan air di permukaan laut dan mengalami penyejatan serta berubah bentuk kepada awan serta hujan apabila udara lembap naik ke atas dan menyejuk sehingga tepu.
invectiveserapahKesusasteraanPuisiKata-kata kasar atau kesat yang penggunaannya sangat berkaitan dengan tujuan sesuatu amanat atau pemikiran yang hendak disampaikan oleh penyairnya. Contohnya, serapah ini jelas pada puisi "serapah Mcngalin" di bawah. Sinonim seranah. Assalamualaikum, bisa dibayang Bisa jangan bersenang lagi, Bisa jangan bernaung lagi, Bisa jangan olang-olitan, Bisa dipuput bayu lalu , Bisa dipuput mambang kuning, Mati disambar kilat tanglung, Mati disambar kilat senja, Mati dipanah halilintar, Mati ditimpa hujan lebat. Mati ditunda undang-undang, Mati diampun air bah, Mati dialun tepung pelunas. Kabul bcrkat la-il aha-il -lallah.
caesurajedaKesusasteraanPuisiHentian di tengah baris puisi atau hentian sementara ketika membaca puisi. Hentian tersebut begitu jelas dapat dirasakan dalam pantun dan syair yang jumlah suku kata tiap-tiap barisnya sama banyak atau seimbang, iaitu terdiri daripada empat perkataan. Dalam puisi baharu, jeda juga dapat dirasakan terutama apabila jumlah suku kata dalam baris-barisnya seimbang. Contohnya, Berbunga lebat / pohon rambutan, Hinggap tempua / berjuntai kaki; Bila dapat / memandang bulan, Jangan lupa / rumput di bumi.

Kembali ke atas