Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lebih
1. Bersinonim dengan baki
( sisa)
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan semakin
( bertambah, kian, lagi, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan kurang

Kata Terbitan : lebih-lebih lagi, berlebih, berlebihan, berlebih-lebihan, melebih, melebih-lebih, melebihi, melebihkan, kelebihan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
moleculesmolekulFizikNanoteknologiGabungan dua atau lebih atom melalui ikatan kimia dan membentuk struktur tertentu. Setiap molekul wujud sendiri dan mempunyai ciri kimia tersendiri. Contohnya, natrium klorida (NaCl) terdiri daripada 1 atom natrium dan 1 atom klorin membentuk molekul melalui ikatan ionik, dan etanol (C2H6O) terdiri daripada 2 atom karbon, 6 atom hidrogen dan 1 atom oksigen membentuk molekul melalui ikatan kovalens.
subsurface discontinuitiesketakselanjaran subpermukaanTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikSejenis ketakselanjaran yang berada lebih kurang 1 mm hingga 2.5 mm di bawah permukaan bahan uji. Ketakselajaran jenis ini dapat dikesan dengan menggunakan kaedah zarah bermagnet, arus pusar, dan ultrasonik.
quinonekuinonHerbaPemiawaianKumpulan sebatian yang mempunyai ciri struktur yang terdiri daripada gelang enam ahli dengan dua kumpulan keton pada kedudukan 1,4- atau 1,2- dan dua ikatan ganda dua yang terletak di antara kedua-dua keton tersebut. Sebatian kuinon boleh mengandungi satu atau lebih gelang aromatik terlakur pada sisi benzokuinon asal. Sebatian kuinon yang besar biasanya berwarna disebabkan oleh pengkonjugatan ikatan ganda dua dengan kumpulan keton. Contoh ekstrak herba yang mengandungi sebatian kuinon ialah daun mengkudu (Morinda citrifolia).
pair productionpenghasilan berpasanganTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikFenomena yang terjadi hasil tindak balas antara foton sinar gama atau sinar-X bertenaga lebih daripada 1.02  MeV dengan nukleas atom. Tindak balas ini menyebabkan pasangan elektron dan positron terhasil dengan masing-masing bertenaga 0.51 MeV. Kedua-dua elektron berlainan cas ini akan bercantum semula secara musnah habis untuk menjadi foton. Proses ini berlaku apabila foton bertenaga tinggi melalui bahan bernombor atom tinggi. Lihat juga sinaran musnah habis.
rich mixturecampuran lebihKejuruteraan AutomotifEnjinCampuran yang mengandungi udara yang kurang berbanding kandungan udara dalam nisbah stoikiometri. Campuran ini Biasanya terdiri daripada udara dan bahan api dengan nisbah tertentu. Contohnya, nisbah stoikiometri untuk udara-petrol ialah 14.7:1 dan nilai yang lebih kecil daripada 14.7 ini menghasilkan campuran lebih. Banding campuran kurang.
confined electronelektron terkurungFizikNanoteknologiKeadaan elektron yang terkurung di dalam perigi keupayaan berdimensi 0, 1, 2 atau 3 dengan saiz dari 1 nm - 100 nm. Jika saiz dimensi ini sama atau lebih kecil daripada jejari eksiton, sekitar 10 nm, elektron ini akan mengisi aras tenaga yang diskret. Contohnya, elektron yang terkurung di dalam bintik kuantum, nanotiub, nanowayar, dan nanorod.
alimentationalimentasiGeologiTiada1. Proses menyediakan atau mengambil makanan. 2. Pertambahan kasar jatuhan salji, avalanche salji dan ais, dan juga air cairan yang beku semula di dalam zon penimbunan sesebuah glasier. Glasier tersebut akan mara, undur atau kekal setempat bergantung kepada sama ada alimentasi adalah lebih besar, lebih kecil atau seimbang dengan proses ablasi.
lean mixture/poor mixturecampuran kurangKejuruteraan AutomotifEnjinCampuran yang mengandungi udara yang lebih berbanding kandungan udara dalam nisbah stoikiometri. Campuran ini biasanya terdiri daripada udara dan bahan api dengan nisbah tertentu. Contohnya, nisbah stoikiometri untuk udara-petrol ialah 14.7:1 dan nilai yang lebih besar daripada 14.7 ini menghasilkan campuran kurang. Banding campuran lebih.
discountdiskaunEkonomiTiada1. Potongan ke atas harga barang yang dibeli secara tunai. Harga barang tersebut adalah lebih rendah berbanding dengan harga yang dibayar secara ansuran. Diskaun menggalakkan pembelian secara tunai. Sinonim diskaun tunai. 2. Perbezaan antara harga pembelian saham atau aset kewangan yang lebih rendah daripada nilai mukanya. Diskaun ini bergantung pada tempoh matang belum habis dan risiko yang terlibat dengan pemegangan aset tersebut.
microsatellite DNADNA mikrosatelitBioinformatikBioinformatik MolekulUnit ulangan bagi jujukan DNA, yang disusun secara berturut-turut di kawasan tertentu pada suatu kromosom dengan panjang antara 1 hingga 6 atau lebih pasangan bes dan pengulangan biasanya antara 5 hingga 50 kali. Contohnya, ulangan dengan 2 pasangan bes berturutan, 3 pasangan bes berturutan atau 4 pasangan bes berturutan.
123

Kembali ke atas