advance | awalan | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Percikan bunga api lebih awal disebabkan pergerakan daya empar atau vakum sesuai dengan kecekapan enjin. |
rolling start | permulaan pralumba | Sukan | Lumba Basikal | Perihal melepaskan pelumba lebih awal daripada tempat permulaan sebenar. |
false start | salah mula | Sukan | Lumba Basikal | Keadaan apabila peserta mula lebih awal daripada isyarat lepas. |
anticipatory stabilization | penstabilan antisipasi | Sains Sukan | Biomekanik | Penyesuaian postur badan secara automatik yang menghasilkan pergerakan untuk menstabilkan sistem semasa antisipasi terhadap gangguan mekanikal yang berkaitan dengan pergerakan. Antisipasi bermaksud menduga pergerakan lawan dengan lebih awal. Contohnya, dalam perlawanan badminton, apabila pemain A melompat, maka pemain B perlu melakukan antisipasi, iaitu menduga lebih awal tindakan yang akan dilakukan oleh pemain A sama ada melakukan syot junam, smesy ke kiri atau ke kanan dan sebagainya. Dalam keadaan ini, postur badan perlu berada dalam keadaan yang betul dengan tindakan yang dilakukan, seperti kaki kanan dan tangan kanan ke hadapan. |
vacuum advance | awalan vakum | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Percikan bunga api lebih awal disebabkan oleh vakum. |
nonparticipation limit | polisi tanpa sertaan | insurans | Tiada | Polisi yang menjamin kos sebenar dengan lebih awal. Polisi ini dikenali sebagai tanpa sertaan disebabkan tidak mempunyai dividen. Polisi tanpa sertaan diurus niaga oleh syarikat insurans stok. Polisi dengan sertaan pula diurus niaga oleh syarikat insurans bersama. Syarikat stok, walau bagaimanapun boleh mengeluarkan polisi insurans sertaan. |
preignition | prapencucuhan | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Pencucuhan campuran udara-bahan api yang berlaku lebih awal di dalam kebuk pembakaran, sebelum berlakunya pencucuhan bunga api sebenar pada palam pencucuh. |
centrifugal advance | mara emparan | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Mekanisme penghasilan bunga api yang berlaku lebih awal hasil gerakan daya empar. |
precombustion chamber | kebuk prapembakaran | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Kebuk pembakaran kecil yang berasingan yang dipasang dalam sesetengah enjin untuk membolehkan nyalaan pembakaran berlaku lebih awal. |
temporary life annuity | anuiti hayat sementara | insurans | Tiada | Bayaran berkala untuk tempoh tertentu atau sehingga anuitan meninggal dunia dalam tempoh tersebut, mengikut mana yang lebih awal. |