melting point | takat lebur | Herba | Tiada | Suhu ketika suatu bahan pepejal mencair dan berada dalam keadaan keseimbangan dengan cecairnya pada tekanan piawai. Takat lebur digunakan untuk menentukan darjah ketulenan bahan mentah herba. Contohnya takat lebur minyak kelapa (23�C � 26�C, BP) dan lilin karnuba (80�C � 88�C, BP). |
molten salt reactor (MSR) | reaktor garam lebur | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Reaktor nuklear pembiak yang menggunakan garam lebur sebagai bahan penyejuk teras. |
cold shut | litup sejuk | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Ketakselanjaran yang terbentuk disebabkan oleh dua logam lebur bertemu dalam rongga acuan, tetapi tidak melakur. Hal ini terjadi kerana kebendaliran logam lebur yang rendah atau laluan yang sempit. |
shrinkage cavity | rongga pengecutan | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Ketakselanjaran yang terhasil daripada proses tuangan. Proses ini berkemungkinan akan menyebabkan rongga terbentuk semasa berlakunya pemejalan dan pengecutan logam lebur. Perkara ini terjadi disebabkan oleh pengecutan yang tidak sekata semasa pemejalan logam lebur. Contoh rongga pengecutan ialah pengecutan makro dan pengecutan mikro. |
molten salt | garam lebur | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Garam yang telah dipanaskan pada suhu yang cukup tinggi untuk berubah daripada pepejal kepada cecair. Lihat juga molten salt reactor (MSR). |
molten fuel | bahan api lebur | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Lihat corium. |
ascorbic acid | asid askorbik | Herba | Pemiawaian | Asid organik, formula C6H8O6, berbentuk hablur putih, takat lebur 192oC, larut dalam air, larut sedikit dalam alkohol, tetapi tidak larut dalam eter, kloroform dan benzena. Asid ini terdapat secara semula jadi dalam buah-buahan sitrus, tomato dan sayuran hijau serta mudah teroksida apabila terdedah kepada haba dan cahaya. Asid askorbik dapat mencegah penyakit skurvi. Asid ini digunakan sebagai perisa, pewarna dan pengawet makanan serta dikenali juga sebagai vitamin C. |
misruns | misrun | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Ketakselanjaran yang terbentuk disebabkan oleh logam lebur tidak dapat mengisi ruang acuan sepenuhnya. |
sodium-cooled fast reactor (SFR) | reaktor cepat sejukan garam | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Reaktor cepat yang menggunakan garam lebur sebagai bahan penyejuk teras. |
lead-cooled fast reactor (LFR) | reaktor cepat sejukan plumbum | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Reaktor cepat yang menggunakan plumbum lebur sebagai bahan penyejuk teras. |