Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lé.gi.ti.ma.si] | ليݢيتيماسي

Definisi : (légitimasi) 1. surat bukti yg me­ngesahkan keterangan dsb tentang seseorang; 2. pernyataan yg sah, kesahihan (berasaskan undang-undang), kesahan; melegitimasikan menjadikan sesuatu sahih atau sah berasaskan undang-undang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata legitimasi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
HegemonyhegemoniSains PolitikPolitik PerbandinganPenguasaan pemerintah terhadap orang ramai tanpa kekerasan dan paksaan. Orang ramai memberi sokongan dan legitimasi kepada pemerintah tanpa menyedari bahawa mereka sedang dikuasai, khususnya dari sudut pemikiran dan nilai. Penguasaan ini boleh dibentuk melalui kempen yang berkesan, sistem pendidikan, peranan media, manipulasi unsur budaya, faktor sejarah masyarakat dan juga penggunaan agensi pemerintahan seperti polis, undang-undang, bahagian keselamatan dalam negeri, imigresen dan sebagainya. Melalui hegemoni ini, pemerintahan sesebuah kerajaan dapat bertahan lebih lama.
tyranny of the majoritytirani majoritiSains PolitikPolitik PerbandinganPemerintahan sebuah kerajaan majoriti yang zalim. Walaupun pemerintahan ini mendapat legitimasi majoriti, namun pemerintahannya berlaku secara tidak adil. Pemerintah memberi kelebihan kepada golongan majoriti dan bertindak kejam terhadap golongan minoriti. Golongan minoriti tidak diberi hak yang sewajarnya dan ditindas dalam segala aspek. Contohnya, pemerintahan Kerajaan Serbia menjelang abad ke-21 dan pemerintahan Nazi Jerman terhadap minoriti Yahudi.
civilian rulepemerintahan awamSains PolitikPolitik PerbandinganKerajaan yang dibentuk hasil daripada pemilihan yang ditentukan oleh anggota masyarakat. Kerajaan ini memperoleh legitimasi untuk memerintah melalui proses pilihan raya atau pungutan suara. Hal ini berbeza dengan kerajaan tentera, monarki atau diktator. Dalam pemerintahan awam, rakyat merupakan sumber rujukan utama dan kerajaan pula bertanggungjawab sepenuhnya terhadap rakyat dalam setiap pelaksanaan sesuatu dasar. Dalam sistem pemerintahan ini, bidang kuasa pemerintahan diagihkan kepada tiga institusi iaitu eksekutif, legislatif dan kehakiman. Sekiranya berlaku penyalahgunaan kuasa dalam pemerintahan ini, rakyat berhak mendesak kerajaan atau pemerintah meletak jawatan. Contohnya, Kerajaan Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan awam.
smart powerkuasa bestariSains PolitikTiadaKeupayaan yang menggabungkan keperluan ketenteraan yang kuat dan juga keperluan melakukan pelaburan besar dalam pakatan, perkongsian, dan institusi dari semua peringkat untuk memperluas pengaruh seseorang dan menetapkan legitimasi tindakan seseorang. Kuasa bestari merujuk kepada gabungan strategi kuasa keras dan kuasa lembut.
mandatemandatSains PolitikPolitik PerbandinganKepercayaan, amanah atau kuasa yang diberikan kepada individu, organisasi atau kerajaan untuk menjalankan sesuatu tanggungjawab. Dalam konteks pemerintahan negara, mandat diperoleh daripada rakyat atau majlis pemerintahan dan seterusnya memberi hak mentadbir dan memerintah. Mandat memberi satu kelebihan, autoriti serta legitimasi kepada pemerintah. Contohnya, Barisan Nasional diberi mandat membentuk kerajaan setelah memenangi pilihan raya 1974.
legitimacykeabsahanSains PolitikPolitik PerbandinganKedudukan pemerintah yang diterima secara sah oleh rakyat setelah dipilih melalui peraturan yang diterima pakai oleh sesebuah negara. Keabsahan hanya wujud apabila kerajaan yang muncul menggunakan prosedur yang sepatutnya dalam memilih kerajaan dan proses tersebut berjalan tanpa kekerasan. penipuan, rasuah atau manipulasi. Pemerintah yang muncul secara pemberontakan, rampasan kuasa dengan pembunuhan pemimpin negara atau kudeta tentera tidak mendapat keabsahan. Untuk mendapatkan keabsahan dan penerimaan orang ramai, kerajaan yang muncul ini kemudiannya akan mengadakan pilihan raya. Contohnya, penguasaan Amerika Syarikat ke atas pemerintahan Iraq tidak absah dan dengan itu mereka terpaksa mengadakan pilihan raya pada tahun 2005 bagi mendapatkan legitimasi.

Kembali ke atas