Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata leguminosae


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
LeguminosaeLeguminosaePerhutananSains Kayu dan Hasil HutanFamili tumbuhan berkayu yang terpenting di Malaysia selepas famili Dipterocarpaceae. Antara spesies kayu dagangan termasuk kekatung, keranji, merbau, kempas, kungkur, dan sepetir.
acaciaakasiaGeografiTiadaSuatu genus tumbuhan daripada famili Leguminosae yang didapati dalam rantau tropika dan sub-tropika.
legumekekacang/legumGeografiTiada1. Tumbuhan dalam kumpulan keluarga Leguminosae.
Entada rheediibeluruHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis memanjat dalam famili Leguminosae. Tumbuhan ini dikenali juga sebagai akar beluru dan sintok. Beluru biasanya tumbuh liar di pinggir hutan, tebing sungai dan kawasan berhampiran laut. Daunnya jenis majmuk. Buahnya jenis kekacang leper, panjang dan besar. Air rebusan akarnya diminum untuk merawat kembung perut. Batang yang telah dilumatkan digunakan sebagai syampu rambut untuk membunuh kutu dan hama. Air rendaman atau rebusan batang disapukan pada kulit untuk merawat kulit yang gatal dan bersisik. Air rebusan batang diminum untuk merawat cirit-birit. Biji separuh masak yang telah dilumatkan boleh digunakan untuk mencuci rambut, dan dibuat pupuk untuk merawat buasir dan sakit perut. Biji yang telah dibakar dimakan oleh ibu selepas bersalin untuk mencuci badan, mengubati sakit perut dan merangsang muntah. Air batangnya boleh diminum mentah, minyak bijinya digunakan sebagai minyak pelita, daun mudanya boleh dimakan, dan batangnya yang telah dilumatkan boleh digunakan untuk menuba ikan.
Archidendron jiringajeringHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis pokok dalam famili Leguminosae dan berasal dari kawasan Malesia. Jering tumbuh liar di pinggir hutan dan ditanam sebagai sumber makanan. Daunnya berbentuk oblong-eliptik, daun muda lembut dan berwarna ungu pekat. Jambak bunga jenis panikel keluar dari celah daun. Bunganya kecil berwarna putih kehijau-hijauan. Buahnya besar jenis lenggai berwarna perang keungu-unguan. Buah tersusun dalam bentuk lingkaran dan mengandungi biji besar. Bijinya berbentuk bulat, biji muda berwarna hijau cerah dan bertukar perang kemerah-merahan apabila masak. Daunnya digunakan sebagai tampalan untuk merawat kerengsaan kulit dan sakit dada. Air rebusan akar dan kulit batang diminum untuk merawat darah tinggi dan sakit dada. Buah mudanya dimakan mentah sebagai ulam. Buahnya dimakan sebagai sumber antioksidan semula jadi. Pengambilan yang banyak akan menyebabkan sakit pada buah pinggang dan pundi kencing akibat pemendapan asid jenkolik.
Mimosa pudicasemaluHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan rumpai jenis merayap dalam famili Leguminosae. Tumbuhan ini dikenali juga sebagai malu-malu dan duri semalu. Semalu tumbuh di kawasan terdedah, kering dan terbiar. Batangnya berkayu liat dan berduri. Daunnya jenis majmuk yang menguncup apabila disentuh. Jambak bunganya jenis kapitulum dan berwarna merah jambu. Buahnya jenis lenggai, leper dan berbulu. Daun semalu dipanaskan sehingga mengeluarkan lendir untuk merawat bengkak dan masalah terseliuh. Air rebusan pokok ini diminum oleh kanak-kanak untuk mengatasi masalah sukar tidur, dan diminum oleh wanita untuk mengecutkan rahim dan vagina.
dicumarindikumarinSosiologiTiadaSerbuk habluran putih C19H1206, yang diperoleh daripada sejenis tumbuhan, famili Leguminosae, atau secara sintetik dan digunakan sebagai bahan antikental.
dicoumarindikumarinSosiologiTiadaSerbuk habluran putih C19H1206, yang diperoleh daripada sejenis tumbuhan, famili Leguminosae, atau secara sintetik dan digunakan sebagai bahan antikental.
acaciaakasiaFarmasiFarmaseutikGam semula jadi daripada pokok Akasia, iaitu tumbuhan daripada famili Leguminosae yang didapati tumbuh di kawasan tropika dan subtropika. Biasanya digunakan sebagai agen pengemulsian bagi emulsi minyak dalam air, pengampai, penggel, penstabil, pembuih dan pemekat.
macrosclereidmarosklereidBiologiHistologi dan SitologiSkelreid turus bersaiz besar seperti yang terdapat pada kulit biji Leguminosae.
123

Kembali ke atas