Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lék.si.ko.logi] | ليکسيکولوݢي

Definisi : kajian tentang makna dan peng­gunaan perkataan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata leksikologi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hybridizationpenghibridanKesusasteraanTiadaPerkataan yang mempunyai gabungan ciri-cirki pinjaman daripada bahasa atau pelbagai bahasa lain dari sudut leksikologi. Dalam kritikan sastera, penghibridan merujuk kepada gabungan ragam gaya bahasa (heteroglossia) dalam suatu pengucapan atau ayat oleh dua �suara� atau watak yang berlainan. Konsep ini diutarakan oleh M.M. Bakhtin. Dalam teori pascakolonial, penghibridan merujuk kepada kacukan budaya atau tradisi hasil daripada kewujudan masyarakat majmuk akibat proses kolonialisme. Dalam keadaan kacukan budaya ini, kacukan tradisi dan teknik penulisan penjajah dan peribumi dan budaya lain akan menghasilkan sesuatu yang baharu, segar dan dinamik. Walau bagaimanapun, kacukan ini dihantui pelbagai masalah berkaitan penerimaan, kebergantungan kepada tradisi yang lebih besar dan sebagainya. Penteori utama pascakolonial termasuklah Homi Bhabha, Wilson Harris dan Edward Said.

Kembali ke atas