Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.ku/] | لکوق

Definisi : 1. cekung (lengkung) ke dalam (spt kanta, lubang-lubang di jalan, dll), cawak (pd pipi), jeluk, lembang, lepek: di tangan orang yg kena tuduh itu ada dua tanda ~ dan luka; 2. sj daun terup (bergambar jantung); 3. Tr beduk, tabuh; ~-lekak = ~-lekik banyak lekuknya; ~-liku a) banyak lekuk dan selekoh (jalan); b) berbagai­-bagai tipu daya; ~ lutut pelipat lutut; ~ mata rongga (lubang) tempat biji mata; berlekuk bercawak, berjeluk, berlembang, berlepek: jalannya buruk sekali ~-lekak dan menyusahkan pemandu-pemandu kereta; melekuk menjadi lekuk (lembang, jeluk, dll): di sebelah hadapan tulangnya ~ membentuk lubang mata; melekukkan menyebabkan (membuat supaya) jadi lekuk, menjadikan lekuk; lekukan 1. sesuatu yg melekuk; 2. hasil melekuk; pelekukan perbuatan (proses dsb) melekuk atau melekukkan; pelekuk sesuatu yg digunakan utk melekuk­kan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.ku/] | لکوق

Definisi : 1 lekung ke dlm (spt lubang di jalan); berkeluk ke dlm (spt kanta); jeluk; lembang: ~ mata rongga tempat biji mata. 2 daun terup yg bergambar jantung. berlekuk ada atau terdapat lekuk: Jalan ke rumahnya ~-lekuk. melekuk menjadi lekuk. melekukkan menyebabkan sesuatu menjadi lekuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lekuk (kata nama)
Bersinonim dengan cekung, cawak, cauk, caung, jeluk, lembang;,
Kata Terbitan : berlekuk,

Puisi
 

Dua tiga kusepak raga,
     Datang sepak kusepak juga;
Dua tiga keris di dada,
     Datang lekuk kulekuk juga.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Menggali tanah yang lekuk.

Bermaksud :

Kerja yang bukan tempatnya.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pitting edemaedema lekukKejururawatanTiadaKesan lekuk yang tertinggal beberapa minit selepas ditekan dengan jari.
timing markstanda pemasaanKejuruteraan AutomotifEnjinTanda lekuk pada gear atau gegancu pada kedua-dua aci seson- dol dan aci engkol. Salah satu tanda tersebut terletak pada gigi gear manakala tanda yang satu lagi terletak pada lekuk di antara dua gigi gear. Kedua-dua tanda berlekuk itu mesti berjajaran antara satu sama lain.
indented coastpinggir laut lekukSains MarinTiadaKawasan pinggir laut yang berlekuk akibat tindakan hakisan ombak terhadap susunan batuan yang berbeza kekuatan. Kawasan ini membentuk laluan air yang menghala ke arah daratan. Ciri ini membolehkannya menjadi pelabuhan semula jadi dan kedalamannya juga lebih dalam daripada biasa.
sunk-weathered throated sillambang rencong lekukPenilaian Harta TanahTiadaTiada
craterkempungKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaLekuk kecil pada lapisan permukaan cat.
chasepeparitKesenianHiasan DalamanAlur atau lekuk yang dihasilkan pada sesuatu permukaan sebagai tapak atau tempat untuk memasang serombong, dawai tempat gelongsor dan sebagainya.
compact disk (CD)cakera padat (CD)FizikNanoteknologiPeranti plastik yang mengandungi data digital yang dibaca dengan pancaran laser bintik kuantum untuk penghasilan semula bunyi, imej atau maklumat lain yang telah dirakam. CD diperbuat daripada plastik polikarbonat dengan ketebalan 1.2 mm dilapisi filem tipis aluminium atau emas supaya bersifat memantul cahaya. Data disimpan dalam trek yang mengandungi lekuk bersaiz nanometer. Satu CD dibaca dengan memfokuskan cahaya laser semikonduktor. Perbezaan keamatan cahaya yang dipantulkan oleh lekuk yang diukur oleh satu fotodiod, membolehkan data dibaca daripada cakera.

Kembali ke atas