Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lé.léh] | ليليه

Definisi : (léléh); meleleh mengalir perlahan­-lahan (spt air mata, darah, dsb): badanku panas dan peluh ~ di dahiku; ~lah air mata di pipinya yg telah mulai kendur; melelehkan membiarkan meleleh (spt air mata, air liur , dsb), mengalirkan: kami sendiri banyak menangis dan ~ air mata; lelehan sesuatu (benda) yg meleleh, cairan; berlelehan mengalir atau meleleh dgn berlebih-lebihan, meleleh selalu, senantiasa meleleh: ~ air liurnya; pelelehan 1. pengaliran perlahan-lahan; 2. lubang tempat meleleh; habis cupak dr ~ prb adat yg dilanggar sedikit demi sedikit itu akhirnya akan dilanggar semua sekali. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lé.léh] | ليليه

Definisi : /léléh/; berlelehan keluar atau mengalir banyak-banyak (bkn peluh, air liur dll): ~ air liurnya melihat makanan yg lazat-lazat. meleleh mengalir perlahan-lahan (bkn peluh, air mata, getah dll): Air matanya ~ di pipi. melelehkan membiarkan meleleh; mengalirkan: Ibu telah banyak ~ air mata kerana engkau. lelehan sesuatu yg meleleh ke luar (spt susu getah di pokok). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
leleh
Kata Terbitan : meleleh, melelehkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cissinglelehKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPengaliran cara secara perlahan-lahan semasa mula membeku.
weepholelubang lelehKejuruteraanTiadaTiada
weep holelubang lelehKejuruteraanTiadaTiada
weep holelubang lelehKejuruteraanKejuruteraan KimiaLubang untuk mengering cecair dulang jenis tukup gelembung apabila unit tersebut tidak beroperasi.
weep actiontindakan lelehKejuruteraanKejuruteraan KimiaPemindahan keseluruhan cecair dari satu dulang ke dulang lain.
weep holelubang lelehLandskapTiadaRongga kecil yang dibuat pad a tembok penahan untuk mengeluarkan air berlebihan dari dalam tanah.
leak-off connectionsambungan lelehKejuruteraanTiadaTiada
sill-drip mouldingkumai lelehKesenianTiadaTiada

Kembali ke atas