Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lé.long] | ليلوڠ

Definisi : (lélong) penjualan di hadapan khalayak ramai (dgn harga beratas-atasan oleh pembeli­-pembelinya): kelulusan permohonan tanah yg di dlm bandar dibuat secara ~; tangkap ~ membeli barang yg dilelong; tukang ~ orang yg melelong barang-barang, penjual barang-barang lelong; melelong 1. menjual barang-barang di hadapan khalayak ramai (dgn harga beratas­-atasan): apakala penggadai tidak dapat membayar, tanah itu harus dilelong; 2. sl membeli atau memborong barang-barang lelong; melelongkan, memperlelongkan 1. men­jual barang dgn dilelong: pemungut hasil tanah boleh ~ tanah itu kalau hasilnya tidak dibayar dlm tempoh yg tertentu; 2. mem­borong kerja (membekali makanan ke asrama, membuat bangunan, dll); terlelong telah dilelong, kena lelong: sekira­nya kebun ini ~, rumah kita akan ~ sama; lelongan barang dsb yg dilelong; pelelongan perihal melelong, penjualan lelong: baru sebentar ini dia pergi mengurus ~ barang-barang kami; pelelong orang (syarikat dsb) yg melelong atau melelongkan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lé.long] | ليلوڠ

Definisi : /lélong/ penjualan barang-barang di hadapan orang banyak dan pembeli-pembelinya menawarkan harga yg beratas-atasan. melelong 1 menjual (barang) di hadapan khalayak ramai dgn harganya beratas-atasan. 2 memborong barang lelong. melelongkan 1 menjual sesuatu dgn melelong: Kerajaan boleh ~ tanah yg tidak berbayar cukainya. 2 memborongkan sesuatu pekerjaan (membekalkan makanan ke asrama dsb). terlelong sudah dilelong; kena lelong. pelelongan perbuatan melelong atau melelongkan; penjualan lelong. pelelong orang yg melelongkan (sesuatu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lelong


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
auction marketpasar lelong; pasaran lelongPentadbiran PerniagaanTiada2. Pasaran sekuriti seperti Bursa Saham New York dengan harga-harga sekuriti ditentukan oleh tindakan pembeli dan penjual yang berurus niaga di lokasi yang telah ditentukan.
auction marketpasar lelong; pasaran lelongEkonomiTiadaTiada
auction marketpasar lelong; pasaran lelongPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
pawn auctioneerpenangkap lelong gadaianEkonomiEkonomi IslamPembida yang berjaya mendapat barang gadaian yang dilelong semasa proses lelongan. Pembida atau penangkap lelong tidak boleh terdiri daripada penggadai dan ahli keluarganya serta orang yang muflis. Sekiranya perintah lelongan dilakukan oleh institusi, kakitangan institusi berkenaan dan ahli keluarga mereka tidak layak dipertimbangkan untuk menjadi pembida atau penangkap lelong.
pawned auction formborang lelongan gadaianEkonomiEkonomi IslamBorang yang disediakan oleh pegadai dan perlu diisi oleh penangkap lelong sebagai tanda kejayaan dan persetujuan membeli barang gadaian yang dilelong. Selepas mengisi borang tersebut, penangkap lelong dikehendaki menyerahkannya kepada pegadai dan membayar 10% daripada harga jualan sebagai cengkeram atau wang pendahuluan.
auctionlelongEkonomiTiadaProses penjualan barangan yang harganya tidak ditetapkan, sebaliknya pembeli potensi membuat tawaran dan barangan dijual pada harga tawaran yang tertinggi.
auctionlelongPentadbiranTiadaProses penjualan barangan yang harganya tidak ditetapkan, sebaliknya pembeli potensi membuat tawaran dan barangan dijual pada harga tawaran yang tertinggi.
auctionlelongUndang-undangTiadaProses penjualan barangan yang harganya tidak ditetapkan, sebaliknya pembeli potensi membuat tawaran dan barangan dijual pada harga tawaran yang tertinggi.
auctionlelongPenilaian Harta TanahTiadaTiada
auctionlelongPenilaian Harta TanahTiadaTiada
1234

Kembali ke atas