ocean basin | lembangan lautan | Sains Marin | Tiada | Bahagian lantai lautan yang terletak lebih daripada 3000-5000 m di bawah aras laut. Ciri-ciri geomorfologinya seperti lubuk, gunung laut atau guyot. |
continental margin | pinggir benua | Sains Marin | Tiada | Zon dasar lautan yang menjadi perantaraan di antara benua (daratan) dan dasar lembangan lautan atau dari pinggir pantai hingga ke sempadan laut dalam. Pinggir benua terdiri daripada pelantar benua, cerun benua dan cangkat benua. |
ocean floor | dasar lautan | Sains Marin | Tiada | Kawasan keseluruhan dasar laut di bawah aras air surut dan terbahagi kepada dua, iaitu lembangan lautan dan pinggir benua. Dasar lautan juga merujuk keseluruhan dasar laut di bawah tikas air surut. Kebanyakan lautan mempunyai ciri-ciri struktur yang umum yang dihasilkan oleh fenomena fizikal yang kebanyakannya hasil pergerakan tektonik dan sedimen daripada pelbagai sumber. |
catchment area | kawasan tadahan | Pertanian | Tiada | Kawasan tadahan: Keseluruhan kawasan permukaan yang membekali air larian kepada sesebuah sungai. Kawasan tadahan sesebuah sungai dihadkan oleh garisan legeh pada lembangan sungai tersebut. |
abyssal hill | bukit abis | Sains Marin | Tiada | Jasad timbul rendah yang terdapat di dasar lautan, yang biasanya terdapat di bahagian dataran abis yang menghala ke laut dan di dalam lembangan yang terpencil oleh permatang, cangkat atau parit. Lihat juga dataran abis. |
abyssal plain | dataran abis | Sains Marin | Tiada | Kawasan yang besar dan luas di dasar lautan yang ditutupi oleh sedimen. Umumnya, dataran abis merupakan kawasan datar di dasar lautan yang kebiasaannya pada kedalaman 3000-6000 m. Dataran abis juga meliputi hampir 50% permukaan bumi dan merupakan lembangan lautan yang paling kurang diterokai oleh penyelidik. |
oceanic crust | kerak lautan | Sains Marin | Tiada | Lapisan paling atas bahagian lautan plat tektonik yang terdiri daripada kerak lautan atas dan kerangka lautan yang lebih rendah. Jisim batuan igneus yang tebal terletak di bawah lantai lautan di antara jarak 6 km yang terdiri daripada beberapa lapisan. Lapisan paling atas tebalnya 500 m. Bahagian kerak bumi yang agak tipis mendasari lembangan lautan yang secara geologinya lebih muda berbanding dengan kerak benua dan terdiri daripada batuan basalt yang dilitupi oleh sedimen. |