Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. masih basah (mis tuala, tanah, dll), tidak kering: kain baju yg dijemur itu masih ~; jalan masuk ke kedai itu ~ dan becak; 2. tidak rancak (suara, bunyi-bunyian, dll), tidak nyaring, kendur, tawar; 3. lambat atau kurang mencapai kemajuan (dlm pelajaran), tidak cerdas, lemah, lembam: Salimlah satu-satu­nya budak yg ~ dlm pelajaran, tetapi dia petah bercakap; jika peruncit membeli keluaran yg tidak diminati oleh para pelanggan, perniagaannya akan mengalami masalah jualan yg ~ dan mengalami kerugian; melembap menjadi lembap (kulit dsb): peringkat penjagaan kulit, iaitu membersih, menyegar dan ~; melembapkan menjadikan (menyebabkan) lembap: tanah yg terlalu kering perlu dilembap­kan terlebih dahulu; lembapan sesuatu (bahan dsb) yg lembap; kelembapan 1. perihal lembap (tidak kering): kabusnya tebal kerana ~nya tinggi; 2. perihal lambat atau kurang mencapai kemajuan, perihal lembap (tidak cerdas, lemah, lembam), kelemahan, kelembaman: ~ industri perikanan di negara ini mula dikesan pd awal tahun 1980-an; pelembapan perihal (tindakan dsb) menjadi­kan lembap: pertama pembersihan, penyegar­an dan ~ muka; pelembap (bahan dsb) yg melembapkan (kulit dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 masih basah (bkn kain yg dibasuh dll); tidak kering benar: Kain di jemuran masih ~ kerana hari tidak panas. Masa yg paling baik utk bertanam ialah semasa tanah dlm keadaan gembur dan ~. 2 tidak cekap atau tidak cergas (dlm menjalankan tugas; melaksanakan pekerjaan dll): Pegawai yg ~ sentiasa mengada-adakan alasan utk menutup kelemahannya. 3 tidak rancak (bkn muzik, nyanyian dsb). ~ cair ist bersifat menjadi lembap dan cair apabila didedahkan ke udara. melembapkan menjadikan lembap atau menyebabkan jadi lembap. lembapan (banyak sedikitnya) wap air yg terkandung dlm udara. kelembapan keadaan lembap. pelembapan perihal atau perbuatan melembapkan: Kaedah menjaga kecantikan termasuklah pembersihan, penyegaran dan ~ kulit. pelembap bahan atau sesuatu yg melembapkan: Losen dpt berfungsi sbg ~ kulit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lembap (adjektif)
1. Bersinonim dengan basah: berair, denar, semek, demek, embal, melempen, berkemal, berlengas,
Berantonim dengan kering

2. Bersinonim dengan lembam: lemah, lambat, lempam,
Berantonim dengan cerdas

Kata Terbitan : melembapkan, kelembapan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
rising damplembap menaikPenilaian Harta TanahTiadaTiada
damp proofing methodkaedah kalis lembapPenilaian Harta TanahTiadaTiada
damp proof course (d.p.c)lapisan kalis lembap (l.k.l)Penilaian Harta TanahTiadaTiada
marshrawangSains MarinTiadaTanah lembap yang sering dijumpai di pinggir pantai, tasik dan sungai yang merupakan ekosistem peralihan antara ekosistem akuatik dan daratan. Rawang didominasi oleh rumput mensiang dan spesies tumbuhan herba berbanding spesies tumbuhan berkayu.
lacustrinelakustrinSains MarinTiadaSistem tanah lembap pedalaman dan habitat dalam air yang berkaitan dengan tasik dan takungan air tawar yang dicirikan oleh ketiadaan pokok, pokok renek dan tumbuh-tumbuhan baharu.
dry skinkulit keringKejururawatanTiadaKulit yang kurang lembap, bersisik dan berdebu kerana kekurangan air.
terrarium planttumbuhan terariumPerikananAkuakulturTumbuh-tumbuhan darat yang hidup di kawasan lembap dan selalu digunakan sebagai tumbuhan hiasan dalam balang kaca. Tumbuhan terarium yang bersaiz kecil sesuai dijadikan tumbuhan hiasan.
skin floodingpelumuran kulitUmumTiadaKaedah melapiskan beberapa produk penjagaan kulit pada kulit lembap untuk mengekalkan kelembapan bagi membantu kulit kelihatan lebih licin dan lembut.
downward swingayunan ke bawahEkonomiTiadaKeadaan kitaran perdagangan apabila aktiviti perniagaan dan perdagangan lembap, harga sedang mengalami kejatuhan, dan kadar pengangguran sedang meningkat. Misalnya, di Malaysia ayunan ke bawah berlaku pada akhir tahun 1970-an hingga pertengahan tahun 1980-an. Sinonim fasa ke bawah. Lihat juga kitaran perdagangan.
absolute humiditykelembapan mutlakBiologiTiadaJisim air yang terkandung dalam satu unit isi padu udara lembap.
12

Kembali ke atas