Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lem.bar] | لمبر

Definisi : 1. sl benang atau tali; 2. penjodoh bilangan bagi benda yg panjang dan luas bidangnya (tali, kertas, dll), helai, utas: sehari se~ benang lama-lama menjadi kain; melembarkan mengantih atau memintal tali (benang dll); lembaran 1. lampiran atau helai (kertas, surat khabar, dll); 2. halaman atau muka surat (pd buku, surat khabar, dll): alamat sidang pengarang termuat di ~ pertama; kita jadikan tahun 1964 sbg permulaan ~ sejarah yg cemerlang bagi Sarawak; 3. keluaran surat khabar (majalah dll); ~ pagi surat khabar sebelah pagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lem.bar] | لمبر

Definisi : 1 tali atau benang. 2 penjodoh bilangan utk benda yg panjang atau yg luas bidangnya (tali, benang, kertas dll); helai: Sehari se~ benang, lama-lama menjadi kain. melembarkan memintal benang dll; memilin. lembaran 1 helai (kertas, surat khabar dll). 2 muka surat (pd buku dll); halaman: Namanya ada tercatat pd ~ yg akhir. ~ hamparan ist dokumen kerja elektronik yg disusun mengikut baris dan lajur yg boleh digunakan utk menganalisis dan memaparkan data. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lembar (kata nama,)
Bahasa Asal :sastera lama
Bersinonim dengan benang, tali;,
Kata Terbitan : lembaran,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
plylembarKesenianHiasan DalamanLapisan bahan yang telah digabungkan dengan lapisan lain untuk memberikan kekuatan. Biasanya digunakan untuk lapisan kain, kayu atau serat. Kebanyakan yarn memiliki bahan yang berlapis, atau dilipat, iaitu benang yang terdiri daripada dua atau lebih benang yang dipintal bersama.
ballad sheetslembar naskhah baladaKesusasteraanPuisiHelaian naskhah atau skrip yang mengandungi sesuatu cerita yang bersifat epik yang diungkapkan dalam bentuk puisi, Contohnya, Iembar naskhah Balada Tun Fatimah karya Zaihasra dan Balada Orang-orang Tercinta, karya W.S. Rendra.
single spreadlembar tunggal-TiadaHamparan satu halaman penuh dari atas ke bawah dan dari kiri ke kanan yang dilihat bersama-sama apabila buku atau majalah dibuka.
pharmacict workup sheetlembar kerja ahli farmasiSains KesihatanTiadaDokumen kerja yang dilakukan oleh ahli farmasi untuk merekodkan kemajuan pengubatan pesakit.
stranding machinemesin lembarBuluhTiadaAlat yang digunakan untuk menghasilkan serat buluh.
foliofolioKesusasteraanTiadaSatu lembar kertas cetak yang apabila dilipat dua, menjadi empat halaman. Dalam tradisi percetakan Eropah, folio bermaksud sebuah buku bersaiz 12 inci x 15 inci. Folio juga merupakan kaedah penjilidan buku yang awal. Contohnya, drama Shakespeare telah dibukukan dalam folio pada tahun 1623. Walau bagaimanapun folio bukan hanya terbatas kepada bahan tulisan sastera tetapi juga meliputi bahan lakaran, seni lukis, gambar, kraf dan lain-lain. Dalam sejarah kesusasteraan Melayu, folio merupakan suatu bentuk yang biasa dalam penulisan manuskrip Melayu. Sebelum kaedah pencetakan dan penjilidan saintifik diperkenalkan di Tanah Melayu, pengarang Melayu menghasilkan karya dalam bentuk folio yang berbeza saiz dan bentuknya. Kini, contoh folio manuskrip Melayu masih tersimpan di beberapa buah perpustakaan, arkib, dan muzium. Folio berasal daripada perkataan latin yang bermaksud �helai�.
printer's marktanda pencetakPenerbitanTiadaTanda khusus yang ditambah di hujung lembar cetak fail PDF bagi membantu penjajaran, pelarasan kedudukan tindihan warna serta pemotongan yang betul dalam cetakan ofset. Sinonim registration mark.
nanostrandnanolembarFizikNanoteknologiBebenang dengan ketebalan bersaiz nano yang digunakan untuk menghubungkan atau mengikat dua atau lebih struktur molekul. Contohnya, dua bebenang digunakan untuk menghubungkan struktur nukleotid, adenina dan timina kepada pasangan heliks DNA dan begitu juga dua lembar lagi untuk mengikat struktur nukleotid, guanina dan sitosina pada pasangan heliks tersebut. Tebal bagi bebenang ini adalah kira-kira 0.34 nm.

Kembali ke atas