Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ringan dan tidak keras (kayu dll), mampung; kayu ~ a) kayu yg ringan lagi empuk; b) ki tidak berguna (barang-barang dll); bagai kayu ~ ditebuk kumbang tembus­menembus prb orang yg lemah mudah dianiaya oleh orang yg berkuasa; umpama kayu ~ belum ditolak condong sendiri prb orang yg bodoh dan penakut mudah menurut kehendak orang lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
lempung (adjektif)
Bersinonim dengan mampung, libut, gabus.,

Peribahasa

Umpama kayu lempung,
     belum ditolak condong sendiri.

Bermaksud :

Orang yang bodoh dan penakut mudah menurut kehendak orang lain.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
thixothropytiksotropiKejuruteraanTiadaKeupayaan ampaian lempung menjadi likat atau tegar jika dibiarkan dan mudah mengalir apabila diaduk.
longshore drifthanyutan susur pesisirSains MarinTiadaSedimen yang bergerak disebabkan oleh tindakan arus pesisir yang terdiri daripada pengangkutan sedimen (lodak, lempung dan pasir) di sepanjang pesisir yang selari dengan pantai mengikut arah tiupan angin. Angin yang datang akan menekan air di sepanjang pesisir dan menjana arus yang mengalir selari dengan garis pantai.
lithotripticlitotriptikHerbaTiadaHerba yang melarutkan dan menyingkirkan batu karang dari tubuh. Contoh herba ini ialah misai kucing, dukung anak, misai jagung, pecah beling, lempung atau tempurung (Sonchus arvensis) dan parsli.

Kembali ke atas