lurking | lengai | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Keadaan seseorang yang mengikuti sesuatu perbincangan secara dalam talian dengan hanya membaca dan memerhati tanpa mengambil bahagian dalam perbincangan tersebut. Tindakan ini tidak dianggap kurang sopan kerana mereka mungkin mendalami sesuatu sebelum aktif berbincang. |
excipient | eksipien | Herba | Tiada | Bahan lengai yang ditambah dalam suatu formulasi herba. Eksipien berfungsi sebagai pencair, pembawa, pembentuk dos atau bahan yang memelihara ketekalan suatu ramuan dalam sesuatu bentuk dos herba. Contoh eksipien ialah laktosa, kanji gandum, agar-agar, gelatin dan madu. |
excipient | eksipien | Herba | Pemiawaian | Bahan lengai yang ditambah ke dalam sesuatu formulasi herba untuk memberikan bentuk kepada tablet atau berfungsi sebagai pencair bagi menstabilkan formulasi. Contohnya, pektin dan sukrosa. |
extender | ekstender | Perhutanan | Tiada | Bahan lengai seperti habuk kayu, tanah liat, dan tepung yang ditambah oleh pengguna kepada resin buatan bagi menambahkan isi padu bahan, dan dengan demikian mengurangkan harga atau untuk memperbaiki sifat-sifat yang dikehendaki. |
filler | pengisi | Kimia | Tiada | 1. Pengisi: Bahan pepejal lengai, lazimnya tak organik, yang ditambah ke dalam resin sintetik, sama ada bertujuan ekonomi atau untuk mengubah suai sifatnya. |
hydrogen electrode | elektrod hidrogen | Kimia | Kimia Analisis | Elektrod yang terdiri daripada elektrod logam lengai seperti platinum yang direndamkan ke dalam larutan yang mengandungi ion H dan bersentuhan dengan gas hidrogen. Pada suhu 25°C, tekanan gas hidrogen 1 atmosfera dan kepekatan ion H+ 1 molar, elektrod ini dikenali sebagai elektrod hidrogen piawai dan mempunyai dan mempunyai keupayaan sifar volt. |
mercury plated eletrode | elektrod tersalut raksa | Kimia | Kimia Analisis | Elektrod yang terdiri daripada logam lengai seperti platinum yang disalutkan dengan raksa dan elektrod ini mempunyai sifat seperti elektrod raksa. |
adulteration | campur palsu | Herba | Tiada | Penambahan sebarang bahan herba yang berkualiti rendah atau tidak tulen, bahan lengai, kotor atau toksik ke dalam bahan mentah atau sediaan herba secara sengaja atau tidak sengaja. Campur palsu juga merangkumi pengeluaran komponen bernilai daripada bahan herba. Contohnya, cengkih yang telah dikeluarkan minyak meruapnya sebagai bahan mentah atau sediaan herba. Tujuan campur palsu ini adalah untuk mendapatkan keuntungan, melakukan penipuan atau menutup kekurangan. Sinonim adulterasi, pemalsuan, penodaan, pelancungan, aduk, pemalsuan mutu, pengodian dan pencemaran mutu. |
silanization | pensilanaan | Kimia | Kimia Analisis | 1.Tindak balas sebatian silana dengan permukaan silika untuk mendapatkan permukaan yang lengai terhadap erapan. 2.Tindak balas antara sebatian silana dengan sebatian organik berkutub untuk menghasilkan terbitan yang mudah meruap dalam analisis kromatografi gas. |
injection block | blok penyuntikan | Kimia | Kimia Analisis | Tempat sampel disuntik ke dalam turus dalam kromatografi gas. Ia diperbuat daripada bahan lengai dan tahan kepada suhu yang tinggi seperti keluli, dan mengandungi satu septum kenyal bagi menyuntik sampel. |