tie rods | rod penghubung | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Rod yang terdapat pada sistem stereng, yang menghubungkan lengan pitman dengan lengan sendi buku stereng. |
pushrod | rod tunjal | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Batang logam yang terletak di antara pengangkat injap dengan lengan jumpelang, untuk menolak lengan jumpelang. |
breaker arm | lengan pemutus | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Lengan yang bertitik sentuh di bahagian hujungnya dan berfungsi sebagai pemutus litar. |
steering arm | lengan stereng | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Lengan yang dipasang pada bahagian sendi buku stereng, yang akan memusingkan sendi buku dan roda bagi mengemudi kenderaan. |
arm cover | penutup lengan | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Pelindung lengan untuk mengelakkan percikan bunga api ketika mengimpal. |
epicondylitis | epikondilitis | Sains Sukan | Biomekanik | Radang tisu kolagen yang berlaku di bahagian distal humerus (lengan). Radang ini dipercayai diakibatkan oleh pergerakan lengan yang berulang-ulang dan penggunaan yang berlebihan. Contohnya, perbuatan menggenggam raket tenis dengan terlalu kuat dan memukul bola tenis berulang-ulang kali sepanjang permainan boleh memberikan tekanan berlebihan kepada otot lengan. |
suspension arm | lengan gantungan | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Batang logam yang terdapat pada sistem gantungan depan kenderaan, salah satu lengan dipangsi pada bahagian rangka kenderaan dan bahagian hujung yang satu lagi pada penyokong sendi buku stereng. |
rocker arm | lengan angguk | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Komponen yang mempunyai penyangga di tengah, dan kedua- dua hujungnya bergerak turun naik. Lengan angguk ditolak oleh aci sesondol di satu hujungnya, manakala hujung yang lain digunakan untuk menggerakkan alat yang dipacu. Komponen ini merupakan sebahagian daripada rangkaian injap yang mengawal buka-tutup injap pengambilan dan ekzos dalam en- jin. Komponen ini juga terdapat dalam pam bahan api mekanik untuk menggerakkan diafragma pam. Walau bagaimanapun, penggunaan komponen ini berkurangan dalam kebanyakan enjin semasa, untuk mengurangkan kehilangan geseran dan meningkatkan kecekapan mekanik. |
pushrod | rod tunjal | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Batang logam yang terletak di antara pengangkat injap dengan lengan angguk. Rod tunjal digunakan pada enjin aci sesondol sisi untuk menolak lengan angguk dan seterusnya mengawal buka-tutup injap. |
control arm | lengan kawalan | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Bahagian sistem gantungan yang digunakan untuk mengawal pergerakan roda dengan lebih tepat. |