Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (lénggok) 1. pergerakan tubuh badan (ketika berjalan, menari, dll), gelengan kepala sewaktu menari: dlm setiap tarian, ~ gontai mempunyai maksud dan makna seni yg tersendiri; 2. ki cara, gaya: banyak perkataan berbeza dr segi sebutan mengikut ~ sebutan sesuatu kaum; ~-lenggang = lenggang-~ = lenggok-lenggok berliuk-liuk ke kiri ke kanan (bkn pergerakan orang menari, berjalan, dll): ~-lenggang bagai cupak hanyut; berlenggok, berlenggok-lenggok, melenggok, melenggok-lenggok, terlenggok, terlenggok-lenggok bergoyang-goyang atau meliuk-liuk (badan, kepala, dll): sambil bersiul-siul kecil dia melenggok keluar dr kamar itu; kepalanya melenggok-lenggok ke kiri ke kanan; melenggok-lenggokkan menjadikan meleng­gok, menggoyang-goyangkan badan (kepala dll): penari itu berjalan sambil ~ badannya mengikut irama muzik yg mengiringi tarian­nya; maka oleh karangan itu ditarahnyalah kepala kanak-kanak itu, maka budak itu pun menangis kepalanya dilenggok-lenggokkan­nya; lenggokan lenggok: ~ badannya memikat hati para penonton. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /lénggok/ liuk badan ke kiri dan ke kanan semasa menari atau berjalan; gelengan kepala ketika menari. berlenggok-lenggok bergerak dgn meliuk-liukkan badan atau menggeleng-gelengkan kepala dgn elok (ttg orang menari, berjalan). melenggok-lenggokkan menggerak-gerakkan (badan, kepala) ke kiri ke kanan dgn elok; meliuk-liukkan. terlenggok-lenggok terliuk-liuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lenggok

Peribahasa

Kain rabak tegal dek lenggang awak,
     baju rabik tegal dek lenggok awak,
kopiah pesuk tegal dek lonjak awak.

Bermaksud :

Orang yang suka bermegah-megah akhirnya mencelakakan dan merugikan diri sendiri. rabak = koyak panjang atau lebar; rabik = sobek di tepi, cabik-cabik; pesuk = lekuk.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lenggoklenggokSukanTiadaLiuk yang kuat.
gaitlenggokPerubatanTiadaGaya jalan seseorang.
ataxic gaitlenggok ataksiaPerubatanTiadaGaya jalan seseorang dengan kakinya diangkat tinggi dan seluruh tapak kakinya menyentuh lantai secara serentak semasa memijak lantai. Keadaan ini berlaku akibat kerosakan bahagian posterior korda spina.
cerebellar gaitlenggok serebelumPerubatanTiadaGaya berjalan yang terhuyung-hayang, yang menandakan gangguan pada bahagian tertentu serebelum.
Awang BatilAwang BatilKesenianDrama dan TeaterTukang cerita yang menggunakan batil atau belanga tembaga untuk dijadikan sumber latar bunyi dan irama dengan mengetuk dan menepuk batil itu yang bertujuan untuk meningkatkan aksi serta lenggok persembahan ceritanya. Awang Batil juga menggunakan beberapa jenis topeng untukmemperagakan watak yang berlainan dalam penceritaannya. SinonimAwang Belanga.

Kembali ke atas