saturation | penepuan | Kimia | Tiada | 1. Peneutralan lengkap sesuatu asid atau bes. 2. Penyerapan maksimum atau lengkap sesuatu bahan oleh pelarut. 3. Penukaran ikatan ganda dua kepada ikatan tunggal. |
closed entry | entri lengkap | Perpustakaan | Tiada | 1. Entri katalog bagi penerbitan bersiri atau karya dalam beberapa jilid yang mengandungi maklumat bibliografi lengkap yang butiran terperinci bibliografinya dirakam di dalam Entri Terbuka setelah perpustakaan menerima set lengkap.,2. Entri katalog yang tidak meninggalkan ruang kosong di dalam badan entri atau dalam koleksi supaya butiran tambahan koleksi boleh dirakamkan kemudian. |
karyotype | kariotip | Biologi | Genetik | 1. Kandungan lengkap kromosom sesuatu sel yang biasanya digunakan untuk gambaran kromosom metafasa yang telah disusun mengikut saiz, kedudukan sentromer dan kehadiran struktur-struktur seperti satelit dan cerutan sekunder. 2. Formula ringkas bagi kandungan kromosom c 47, XX + 21 bagi wanita dengan tiga kromosom ke-21 iaitu Sindrom Down. |
luminaire | sistem lampu | Kejuruteraan | Tiada | 1. Unit pencahayaan lengkap yang mengandungi sebuah lampu atau lebih, dan bahagian-bahagian yang diperlukan untuk mengagihkan cahaya, menetapkan kedudukan dan melindungi lampu, dan menyambungkan lampu itu kepada bekalan kuasa.,2. Unit lengkap yang mengandungi punca cahaya, glob, pemantul, rumah, soket dan komponen-komponen lain yang perlu untuk pencahayaan. |
case history | sejarah kes | Perubatan | Tiada | 1. Sejarah lengkap perubatan, sosial, keluarga dan psikologi pesakit sebelum ia diserang penyakit semasa. |
sound energy flux | fluks tenaga bunyi | Fizik | Akustik | Fluks tenaga yang dipindahkan oleh gelombang bunyi dan dirumuskan sebagai, Gambar rajah (T = tempoh 1 kitar lengkap; P = tekanan bunyi seketika; S = keluasan; V2 = laju seketika zarah pada arah yang serenjang kepada S). |
building | bangunan | Undang-undang | Tiada | 1. Binaan yang lengkap dengan dinding, bumbung, pintu, tingkap misalnya rumah, kedai, pejabat.,2. Keseluruhan sebuah binaan yang terdiri daripada beberapa buah atau unit kedai, rumah, pejabat dan sebagainya. |
complete set | set lengkap | Matematik | Tiada | 1. Ruang metrik X yang bersifat setiap jujukan Cauchy dalamnya menumpu ke suatu titik dalam X. 2. Set vektor dalam ruang hasil darab terkedalam X yang menjadi asas kepada satu set tumpat X. |
relic | relik | Kesenian | Tiada | 1. Objek tinggalan masa lampau yang tidak lagi lengkap. |
short run | larian batal | Sukan | Tiada | 1. Larian batal: Larian tidak lengkap yang dibuat oleh pemukul sehingga menyebabkan larian itu tidak sah. |