clawfoot | kaki cakar | Perubatan | Tiada | Kaki dengan lengkungan tinggi serta jari-jari kaki memanjang pada sendi metatarsofalangia. |
French curves | lengkung Perancis | Kesenian | Hiasan Dalaman | Peralatan melukis (berbentuk lengkungan) dibuat daripada bahan plastik yang digunakan untuk melukis garisan melengkung pada objek atau pelan. |
astigmatism | astigmatisme | Kejururawatan | Tiada | Ketaknormalan penglihatan yang disebabkan oleh perbezaan lengkungan pada meridian yang berbeza di permukaan pembiasan mata. Keadaan ini mengakibatkan pancaran cahaya tidak difokus dengan jelas pada retina. |
kyphoscolosis | kifoskolosis | Kejururawatan | Tiada | Gabungan tidak normal posterior dan lateral pada lengkungan tulang belakang. |
appendicular skeleton | rangka apendaj | Sains Sukan | Biomekanik | Rangka yang mengandungi tulang dan cuaran (tulang yang berbentuk lengkungan atau bonjolan). |
buckle | meleding | Kesenian | Hiasan Dalaman | Keadaan dinding atau sebarang komponen yang berubah bentuk seperti gelembung atau lengkungan disebabkan tekanan beban yang melampau seperti logam, bod, dan sebagainya yang meleding atau piut (kiat). |
Distance Amplitude Correction Curve (DAC) | lengkung pembetulan jarak amplitud | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Graf lengkungan yang dibina untuk menghubungkaitkan antara jarak dan amplitud sesuatu isyarat ultrasonik. Lengkungini didapati dari blok standard yang mempunyai siri pemantul bersaiz sama tetapi berbeza kedalaman daripada permukaan. Keadaan ini ditunjukkan apabila prob diletakkan pada bahan uji, isyarat penunjuk dari ketakselanjaran akan muncul pada kawasan lengkung tersebut. Keputusan perlu dibuat sama ada isyarat ini boleh diterima atau ditolak berdasarkan kriteria yang dinyatakan dalam kod, standard, atau spesifikasi yang ditentukan. |
curvature correction | pembetulan kelengkungan | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Reka bentuk seperti pelapik yang dipasang pada permukaan prob untuk membolehkan lebih banyak gelombang ultrasonik dapat menembusi struktur yang berbentuk lengkungan. Contohnya dalam pemeriksaan ultrasonik terhadap kimpalan longitud pada paip. Sebagai contoh, bandingan pengukuran dengan prob 45o pada permukaan plat berketebalan 20 mm yang rata dan melengkung. Pada plat rata seperti rajah di bawah, gema bunyi bagi laluan 35 mm berpadanan dengan pemantul pada kedalaman 15.2 mm. Tanpa pembetulan, laluan yang sama 35 mm bagi paip berdiameter 200 mm akan memberikan pengukuran yang salah, iaitu pada kedalaman pemantul 19.2 mm. |