Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lén.ti.sél] | لينتيسيل

Definisi : (léntisél) (Bio) liang-liang pd batang tumbuh-tumbuhan berkayu yg melaluinya berlaku pertukaran gas antara atmosfera dan tisu-tisu batang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lén.ti.sél] | لينتيسيل

Definisi : /léntisél/ ist lubang-lubang halus pd batang tumbuh-tumbuhan utk pernafasan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lentisel


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lenticellentiselPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanBukaan khas pada periderma yang biasanya berbentuk lentikular, dan terdiri daripada sel-sel yang tersusun longgar dan biasanya tidak bersuberin. Lentisel berfungsi sebagai tempat berlakunya pertukaran gas semasa respirasi.
lenticellentiselPertanianTiadaTiada
lenticellentiselPerhutananTiadaTiada
lenticellentiselBiologiUmumTiada
lenticellentiselBiologiHistologi dan SitologiBukaan pada permukaan batang atau akar tumbuh-tumbuhan berkayu yang berfungsi sebagai laluan udara ke bahagian tisu di bawahnya.
lenticellentiselBotaniTiadaLekuk atau ruang sempit seakan-akan liang pada tisu periderma yang dipenuhi oleh sel-sel yang tersusun longgar dan tidak diliputi oleh suberin. Lekuk ini lebih tebal di sekelilingnya berbanding bahagian tisu periderma yang lain. Fungsinya adalah untuk memudahkan pertukaran gas berlaku.
lenticel breakdowmpemecahan lentiselPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
population IIpopulasi IIMatematikTiadaKelas bintang yang terdiri daripada bintang tua merah yang terdapat di mana-mana bahagian galaksi elips dan lentisel dan di galaksi pilin, di pusat galaksi, di sekeliling halo galaksi dan di cakera yang wujud bersama satah galaksi.
infection courtmedan jangkitanBiologiPatologiKawasan atau tempat berlakunya penyusupan atau kemasukan patogen ke dalam perumah dan seterusnya merupakan tempat berlakunya penjangkitan. Contohnya ialah ruang stoma, hidatod, luka, dan lentisel

Kembali ke atas