explosion insurance | insurans letupan | insurans | Tiada | Perlindungan terhadap kerugian harta oleh sebab letupan tetapi tidak termasuk letupan dandang wap, paip dan peralatan tertentu yang memerlukan kuasa tekanan. Polisi ini biasanya merupakan sebahagian daripada Endorsemen Perlindungan Diperluas. |
backfire | sedakan | Kejuruteraan Automotif | Enjin | 1. Letupan yang berlaku dalam sistem ekzos akibat penyalaan campuran udara-bahan api yang tidak terbakar sepenuhnya semasa lejang pembakaran. Sedakan biasanya berlaku ketika kenderaan dinyahpecut. 2. Letupan yang berlaku dalam pancarongga pengambilan akibat injap pengambilan tidak tertutup sepenuhnya menyebabkan bunyi letupan keluar melalui saluran udara masukan. Letupan ini biasanya berlaku kerana pemasaan pencucuhan yang salah, wayar palam pencucuh yang di- pasang tidak mengikut jujukan nyalaan dan injap masukan yang terlekat. |
knock sensor | penderia ketukan | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Penderia yang mengesan letupan dalam kebuk pembakaran dan menghantar isyarat kepada modul kawalan elektronik atau modul kawalan rangkaian kuasa. Keadaan ini menyebabkan modul kawalan elektronik menghantar isyarat kepada sistem pencucuhan untuk merencat pencucuhan seketika sehingga letupan berakhir. |
detonation | letusan | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Letupan kedua dalam kebuk pembakaran yang tidak terkawal dalam enjin pencucuhan bunga api. Semasa pencucuhan, sebahagian campuran udara-bahan api dibakar oleh palam pencucuh menyebabkan campuran yang belum terbakar men- galami kenaikan tekanan. Suhu akibat proses mampatan omboh menyebabkan wujud nyalaan kedua yang spontan. Nyalaan ini bergerak pada arah yang bertentangan dengan nyalaan pertama dan pertembungan kedua-dua nyalaan ini menghasilkan letupan, menyebabkan enjin bergetar. Fenomena ini boleh dikurangkan atau dielakkan dengan penggunaan bahan api berplumbum atau bahan api tanpa plumbum bernombor oktana tinggi seperti oktana 97. |
furnace explosion coverage | perlindungan letupan relau | insurans | Tiada | Perlindungan insurans kebakaran terhadap letusan yang kuat dalam bahagian pembakaran relau. |
detonation | letusan | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Letupan yang tidak terkawal yang berlaku di dalam kebuk pembakaran enjin cucuhan bunga api sehingga bunyi �ping�. |
flashbang grenade | bom denyar | Pengurusan | Tiada | Alat letupan yang mengeluarkan dentuman yang sangat kuat dan lampu terang untuk mengelirukan orang ramai tetapi tidak membawa maut. |
backfire | sedakan | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | (1) Bunyi bising yang terhasil daripada letupan baki campuran udara-bahan api di dalam pancarongga ekzos. (2) Bunyi bising yang terhasil daripada perubahan awal campuran udara-bahan api di dalam pancarongga masukan. |
knock | ketukan | Kejuruteraan Automotif | Enjin | 1. Bunyi kuat yang berlaku akibat prapencucuhan dan letupan dalam kebuk pembakaran sehingga menghasilkan pem- bakaran dengan lebih cepat dan tidak terkawal sebelum pembakaran sebenar berlaku. 2. Bunyi kuat yang terhasil akibat lagaan beberapa komponen logam disebabkan oleh galas yang longgar, haus serta berubah-ubah mengikut laju enjin. |
tsunami | tsunami | Sains Marin | Tiada | Ombak laut yang besar dan ganas akibat gempa bumi atau letupan gunung berapi yang berlaku di daratan atau di bawah laut. |