detonation | letusan | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Letupan yang tidak terkawal yang berlaku di dalam kebuk pembakaran enjin cucuhan bunga api sehingga bunyi �ping�. |
detonation | letusan | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Letupan kedua dalam kebuk pembakaran yang tidak terkawal dalam enjin pencucuhan bunga api. Semasa pencucuhan, sebahagian campuran udara-bahan api dibakar oleh palam pencucuh menyebabkan campuran yang belum terbakar men- galami kenaikan tekanan. Suhu akibat proses mampatan omboh menyebabkan wujud nyalaan kedua yang spontan. Nyalaan ini bergerak pada arah yang bertentangan dengan nyalaan pertama dan pertembungan kedua-dua nyalaan ini menghasilkan letupan, menyebabkan enjin bergetar. Fenomena ini boleh dikurangkan atau dielakkan dengan penggunaan bahan api berplumbum atau bahan api tanpa plumbum bernombor oktana tinggi seperti oktana 97. |
transcriptional bursting | letusan transkripsi | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | - |
exanthematous | eksantematus | Herba | Fitoterapi | Letusan kulit atau ruam akibat beberapa jenis jangkitan virus seperti campak atau rubela. |
furnace explosion coverage | perlindungan letupan relau | insurans | Tiada | Perlindungan insurans kebakaran terhadap letusan yang kuat dalam bahagian pembakaran relau. |
seismic wave | gelombang seismos | Sains Marin | Tiada | Gelombang tenaga yang bergerak melalui lapisan bumi yang terhasil daripada gempa bumi, letusan gunung berapi, pergerakan magma, tanah longsor yang besar dan juga letupan yang dilakukan oleh manusia yang memberikan tenaga bunyi pada frekuensi rendah. |
overboost | galak lebih | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Tekanan udara berlebihan dalam kebuk pembakaran yang di- janakan oleh pengecas turbo atau pengecas lampau. Keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya letusan semasa pembakaran dan boleh merosakkan enjin. Keadaan ini boleh dielakkan dengan menggunakan pintu lepasan. Pintu ini akan terbuka untuk melepaskan tekanan yang berlebihan dan mengehadkan tekanan galak maksimum. |
pulsing zombie | zombi denyutan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Komputer zombi yang dikawal jauh oleh pengguna hasad. Komputer zombi denyutan berbeza dengan komputer zombi biasa dalam pola serangan DdoS. Zombi denyutan menghantar banjiran paket secara letusan. Contohnya, selama 10 milisaat hingga satu saat dan dalam jangka masa yang tidak menentu. Komputer zombi denyutan lebih sukar dikesan berbanding komputer zombi biasa kerana serangan adalah lambat dan hampir sama dengan tingkah laku penghantaran paket data biasa. |
environmental hazard | bahaya alam sekitar | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Bahan atau keadaan yang boleh memudaratkan persekitaran semula jadi atau memberikan kesan negatif terhadap kesihatan ekosistem. Bahaya alam sekitar merangkumi pencemaran yang disebabkan oleh aktiviti manusia, contohnya pembakaran terbuka, pelepasan sisa toksik secara haram dan bencana alam seperti ribut, gempa bumi, banjir dan letusan gunung berapi. |