Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lé.wa] | ليوا

Definisi : (léwa); sambil ~ tidak bersungguh­-sungguh (mengerjakan sesuatu dll), sambil­-sambilan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lé.wa] | ليوا

Definisi : (léwa) Kl; melewa mengacu (pisau dll kpd orang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lé.wa] | ليوا

Definisi : /léwa/; sambil ~ tidak sungguh-sungguh membuat sesuatu: Bersawah padi bukanlah suatu pekerjaan yg dpt dibuat sambil ~ saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lewa


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
browsingmenyemak lewaKejuruteraanTiadaTiada
browsesemak lewaKejuruteraanTiadaTiada
browsingmenyemak lewaPerpustakaanTiadaTiada
browsesemak lewaPerpustakaanTiadaMenyemak kandungan koleksi buku, atau dokumen-dokumen tanpa tujuan dan secara sepintas lalu.
browsingmenyemak lewa; meragutPerhutananTiadaTiada
browse filefail semak-lewaGeologiTiadaTiada
political apathyapati politikSejarahTiadaSifat yang memperlihat ketidaksuaian dalam arena politik yang dilakukan secara sambil lewa sahaja dan tidak serius dalam sebarang tindakan.
potboilerkarya periuk nasiKesusasteraanTiadaKarya khas yang ditulis dalam keadaan terdesak untuk menyara hidup penulisnya. Karya ini diolah sambil lewa oleh pengarangnya untuk memenuhi minat orang ramai, tanpa mementingkan mutu dan nilainya. Salah satu contoh karya klasik ialah novel falsafah yang berjudul Rasselas (1759), ditulis oleh S. Johnson. Novel ini ditulis dalam jangka masa seminggu, dan keuntungan jualannya digunakan untuk membiayai perbelanjaan pengebumian ibunya serta menjelaskan hutang piutang ibunya. Contoh dalam sastera Arab ialah al-Mada�ih oleh al-Mutanabbi. Karya ini mengisahkan Sayf al-Dawlah al-Hamadani (Raja Pemerintah).
surface rising fishikan timbulPerikananTiadaIkan yang bergerak di permukaan air untuk bernafas atau menangkap serangga. Sesetengah ikan akan timbul di permukaan air berulang kali dan berenang sambil lewa atau sepantas kilat.
accountability deficitdefisit kebertanggungjawabanPentadbiranPentadbiran Awam

Kelemahan atau kekurangan dalam menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan kepada individu atau organisasi pada tahap yang sepatutnya. Individu yang diberikan tanggungjawab, menjalankan tugas secara sambil lewa, lalai, leka dan tidak serius seperti melepaskan batuk di tangga. Defisit ini boleh berlaku kerana kelemahan individu seperti etika kerja yang lemah, tamak, ego, kurangnya pendidikan dan penghayatan nilai-nilai murni, tidak bersikap professional, kurang dedikasi, tidak nampak kelemahan sendiri dan akibat tekanan hidup yang tinggi. Defisit kebertanggungjawaban akan menjejaskan pengurusan dan pencapaian misi serta objektif organisasi, menggugat kepercayaan orang awam serta melemahkan semangat kerja berpasukan.

12

Kembali ke atas