Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lé.wat] | ليوات

Definisi : (léwat) 1. lalu, berjalan (di samping, di hadapan, dekat): ketika aku ~, malim itu memperkenalkan aku kpd seluruh jururawat itu; 2. lampau, habis, selesai: musim menuai sudah ~; 3. lanjut, lebih (drpd yg patut dll), larut: di balik meja itu duduk seorang Cina yg sudah agak ~ umurnya; 4. sesudah waktunya, melampaui waktunya, lambat: ia telah lama menunggu Mak Dalek yg ~ pulang itu; 5. melalui, menerusi: Marian ~ tarian ciptaannya menggabungkan unsur tradisi dan moden; ~ jenuh Id terlampau kenyang, muak; ~ lemboyang Id terlalu ungu (warna ungu dlm cahaya matahari); selewat-lewatnya sehabis lewat (lambat), selambat-lambatnya: semua permintaan hen­daklah sampai ~ pd hari Sabtu; melewati 1. lalu (di), melalui, melintasi, menempuh: dia berjalan ~ mereka; 2. melebihi had (batas), melampaui: berjalanlah imperialisme ke timur dr selatan Gibraltar ~ Lautan Tengah; ~ batas; 3. melangkahi, melangkaui: soalan-soalan yg susah-susah dilewati sahaja; 4. (bkn umur) melebihi: usiaku sekarang sudah ~ lima puluhan; melewatkan menjadikan lewat (lambat), melambatkan, melangkaukan: Bidin tetap juga mengharapkan biarlah anak bulan itu tidak kelihatan dan puasa akan dilewatkan sehari; melewat-lewatkan menjadikan lewat dgn sengaja, melambat-lambatkan: janganlah ~ sembahyang setelah masuk waktunya; terlewat 1. melebihi waktu, terlambat: kemalangan datang menimpa tidak ~ atau terdahulu sesaat pun; 2. = kelewat tersangat (banyak dll), terlalu, terlampau; 3. dapat atau telah dilewati (dilalui, ditempuh, dll); kelewatan 1. perihal lewat (lambat, berlebih-lebih, dll), kelambatan; 2. terlewat, terlambat: engkau boleh sewa sebuah kereta pergi ke mana-mana suka tetapi jangan ~ balik ke perahu; 3. terlampau, tersangat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lé.wat] | ليوات

Definisi : /léwat/ 1 sesudah waktunya; melampaui waktunya; lambat: Saya masuk bekerja ~ sepuluh minit pagi tadi. 2 lebih drpd yg sepatutnya; lanjut: Neneknya sudah agak ~ umurnya tetapi masih kuat. 3 berlalu; selesai; lampau: Musim mengubah sudah ~. melewati 1 melebihi (had); melampaui: Kelakuan gadis itu sudah ~ batas. 2 melalui; melintasi; lalu di: Ketika ~ halaman rumah kosong itu, saya terdengar bunyi orang menjerit meminta pertolongan. melewatkan menyebabkan menjadi lewat; melambatkan: Orang yg ~ pembayaran gaji itu ialah kerani besar. terlewat ketinggalan waktu; terlambat. kelewatan keadaan atau hal lewat; kelambatan: ~ pihak-pihak tertentu menyebabkan rancangan itu tergendala. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lewat
1. Dalam konteks usia
bersinonim dengan lanjut, lebih, larut,
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan melampaui waktunya
( lambat, lat, sayup, kasip, )
(adverba:)
Berantonim dengan awal

Kata Terbitan : selewat-lewatnya, melewati, melewatkan, terlewat, kelewatan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
delayed languangelewat bertuturSains KesihatanTiadaKegagalan individu untuk bertutur pada peringkat umur yang sepatutnya disebabkan oleh kecacatan fizikal atau masalah persekitaran.
delay phasefasa lewatKesihatan AwamTiadaLangkah yang diambil oleh pihak berkuasa untuk mengurangkan kesan kemuncak sesuatu virus dan memperlahankan perebakannya, seperti mengenakan sekatan ke atas perhimpunan ramai.
late cancellationpembatalan lewatPelanconganTiadaTindakan yang lambat untuk membatalkan sebarang tempahan pengangkutan atau penginapan dan boleh dikenakan caj.
late plantingpenanaman lewatPertanian OrganikTanaman Makanan-
late latency response (LLR)respons pendam lewatSains KesihatanTiadaRespons potensi teransang auditori yang terhasil setelah ransangan dimulakan selama 80 milisaat. Respons ini menggambarkan aktiviti audotori di bahadian talamus dan korteks.
guaranteed late arrivalketibaan lambat terjaminPelanconganTiadaPenginap yang lewat tiba dan diberikan jaminan bilik setelah melakukan transaksi cagaran.
rheumatic feverdemam reumatikKejururawatanTiadaPenyakit yang berjangkit terutamanya pada kanak-kanak dan remaja. Penyakit ini timbul sebagai komplikasi lewat bagi jangkitan ke atas trek pernafasan oleh streptokoki hemolitik. Ciri-ciri utamanya ialah demam, artritis, dan perikarditis. Komplikasi penyakit ini ialah inflamasi pada injap jantung yang mengakibatkan kegagalan jantung, deruan dan kerosakan injap jantung.
loss development factorfaktor perkembangan kerugianinsuransTiadaFaktor ini ialah untuk memberi insurer wang tambahan bagi membiayai perkembangan kerugian seterusnya dan membayar tuntutan yang lewat dilaporkan. Faktor ini diperkenalkan khusus untuk mengambil kira kenaikan kos kerugian akibat inflasi bagi tuntutan yang mengambil masa panjang untuk diselesaikan.
cosmetic notification validity periodtempoh kesahan pemberitahuan kosmetikHerbaPeraturan dan PemasaranJangka waktu yang ditetapkan untuk kesahan pemberitahuan produk kosmetik. Menurut Garis Panduan Kawalan Produk Kosmetik di Malaysia, tempoh kesahan pemberitahuan kosmetik adalah selama 2 tahun. Pembaharuan hendaklah dibuat tidak lewat daripada satu bulan sebelum tamat tempoh berserta dengan yuran pemprosesan. Sinonim tempoh kesahan notifikasi kosmetik.
diesel knockketukan dieselKejuruteraan AutomotifEnjinBunyi bising disebabkan perubahan tekanan mendadak dalam enjin diesel apabila berlaku pembakaran tidak terkawal. Keadaan ini terjadi apabila enjin tersebut beroperasi dalam keadaan sejuk atau berfungsi dalam kelajuan yang rendah. Ketukan diesel dipengaruhi nombor setana dan pemasaan suntikan lewat.
12

Kembali ke atas