Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[liang] | لياڠ

Definisi : lubang yg halus (bekas tikaman, tempat keluar wap atau air pd enjin, dll): dgn lima ~ luka kena peluru itu, keadaannya parah sekali; tikam Laksamana tikam orang berani, sama se~ itu pun matilah Si Jebat itu; ~ hidung lubang hidung; ~ jarum mata (lubang) jarum; ~ kubur lubang kubur tempat menanam mayat; ~ kumbang lubang utk mengalirkan air keluar (pd perahu); ~ lahad lubang tempat meletakkan mayat (dlm kubur); ~ mata lekuk mata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[liang] | لياڠ

Definisi : ; ~-liuk = berliang-liuk = meliang­-liuk berliuk-liuk (api pelita ditiup angin dll): batang padi meliang-liuk, berombak-ombak dilanda angin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[liang] | لياڠ

Definisi : lubang yg kecil atau halus. ~ hidung lubang hidung. ~ kubur lubang yg digali tempat menanam orang mati. ~ lahad ruang tempat meletakkan mayat dlm kubur (dikeruk pd bahagian sisi sebelah kiblat liang kubur dan sama paras dgn dasar kubur). ~ roma lubang yg kecil-kecil pd kulit tempat peluh keluar. ~ stoma ist liang yg seni pd daun atau pd batang tumbuh-tumbuhan utk laluan udara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[liang] | لياڠ

Definisi : ; liang-liuk gerakan yg lembut, spt api ditiup angin. berliang-liuk bergerak berliuk-liuk (spt api ditiup angin). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
liang (kata nama)
Bersinonim dengan lubang rongga, gohong, saung.,

Puisi
 

Dari Kedah ke Tanah Liang,
     Tinggi pasir Kuala Patani;
Pintu terdedah sampai siang,
     Apa taksir pada kami.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Serasa di liang lahad.

Bermaksud :

Dalam kesempitan. (Peribahasa lain yang sama makna: Bak rasa di liang lahad).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
nanopores containmentpengurungan nanoliangFizikNanoteknologiPengurungan atau pengisian liang-liang di dalam sebatian berliang dengan nanozarah. Contohnya, dalam pembuatan bahan magnet komposit, sebatian berliang ini akan diisi dengan zarah magnet. Sifat magnet bahan ini sama ada fero atau antifero bergantung pada bilangan dan jenis nanozarah yang diisi dalam liang tersebut. Antara sebatian berliang yang sesuai untuk pembuatan bahan magnet ini ialah zeolit yang mempunyai liang dengan bentuk tertentu.
soil porositykeliangan tanahPertanianTiadaIsi padu liang-liang sampel tanah yang dibahagikan dengan isi padu pukal sampel tanah, iaitu nisbah bahagian isi padu pukal tanah yang tidak dipenuhi oleh bahagian pepejal tanah.
permeation rangejulat penelapanKimiaKimia AnalisisJulat ukuran saiz atau bentuk suatu bahan yang berupaya menembusi atau melalui membran atau liang-liang bahan padatan.
nanoporenanoliangFizikNanoteknologiLiang kecil bersaiz satu molekul kecil pada bahan pepejal, nanozarah atau membran. Contohnya, alur protein dalam dwilapisan lipid atau liang dalam membran bahan pepejal. Liang daripada bahan pepejal diperbuat daripada membran sebatian silikon biasanya silikon nitrat. Antara teknik pembuatannya termasuklah menggunakan alur elektron dan alur ion. Nanoliang ini dapat digunakan sebagai pengesan molekul tunggal, contohnya dalam analisis interaksi protein DNA.
inlet portliang masukanKejuruteraan AutomotifEnjinLihat liang pengambilan.
port injectionpancitan liangKejuruteraan AutomotifEnjinLihat suntikan liang.
pore size distributiontaburan saiz liangPertanianTiadaPecahan isi padu julat saiz liang dalam unit peratus isi padu pukal tanah.
zeolite catalysispemangkinan zeolitFizikNanoteknologiProses tindak balas kimia menggunakan sifat nanostruktur bahan zeolit sebagai pemangkin. Hablur pepejal zeolit ialah galian aluminosilikat yang diperoleh secara tabii dan mempunyai liang halus dengan saiz liang kurang daripada 2 nm. Dalam suatu tindak balas kimia, zeolit mengurung molekul yang bertindak balas dalam rongga halus, menyebabkan struktur dan kereaktifan molekul tersebut berubah. Zeolit biasanya digunakan sebagai pemangkin dalam industri petrokimia.
transfer portliang pindahKejuruteraan AutomotifEnjinSaluran yang menyemburkan cecair bahan api pada badan pendikit karburetor, yang terletak di atas liang melahu dalam karburetor. Saluran ini menyemburkan cecair bahan api dalam keadaan kelajuan tidak melahu dan digunakan sebagai penjujuh udara ketika melahu.
idle portliang pelahuKejuruteraan AutomotifEnjinBukaan ke dalam ruang pendikit karburetor yang digunakan oleh sistem pelahu untuk mengalirkan bahan api ke luar. Bukaan liang ini dikawal oleh skru campuran melahu.
1234

Kembali ke atas