Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : lubang yg halus (bekas tikaman, tempat keluar wap atau air pd enjin, dll): dgn lima ~ luka kena peluru itu, keadaannya parah sekali; tikam Laksamana tikam orang berani, sama se~ itu pun matilah Si Jebat itu; ~ hidung lubang hidung; ~ jarum mata (lubang) jarum; ~ kubur lubang kubur tempat menanam mayat; ~ kumbang lubang utk mengalirkan air keluar (pd perahu); ~ lahad lubang tempat meletakkan mayat (dlm kubur); ~ mata lekuk mata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : lubang yg kecil atau halus. ~ hidung lubang hidung. ~ kubur lubang yg digali tempat menanam orang mati. ~ lahad ruang tempat meletakkan mayat dlm kubur (dikeruk pd bahagian sisi sebelah kiblat liang kubur dan sama paras dgn dasar kubur). ~ roma lubang yg kecil-kecil pd kulit tempat peluh keluar. ~ stoma ist liang yg seni pd daun atau pd batang tumbuh-tumbuhan utk laluan udara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
liang (kata nama)
Bersinonim dengan lubang rongga, gohong, saung.,

Puisi
 

Dari Kedah ke Tanah Liang,
     Tinggi pasir Kuala Patani;
Pintu terdedah sampai siang,
     Apa taksir pada kami.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Cekarau besar liang.

Bermaksud :

Besar bualannya dan suka membuka rahsia orang. cekarau = sebangsa tumbuhan di air yang besar lubang batangnya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
capillary porositykeliangan rerambutPertanianTiadaLiang-liang kecil atau isi padu liang-liang kecil yang memegang air dalam tanah dengan tegangan air lebih dari 60 sentimeter air.
etchingpengetsaanPergigianTiadaProses tindak balas asid dengan permukaan gigi untuk menghasilkan liang-liang mikro. Permukaan yang kasar disebabkan liang-liang mikro yang terbentuk ini akan memberi pegangan mekanikal kepada bahan restorasi yang digunakan. Lihat juga teknik etsa asid.
sieve areakawasan tapisPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanKawasan keluk pada dinding sel tapis yang mempunyai liang-liang halus seperti tapis. Melalui liang-liang halus ini, protoplas daripada sel-sel tapis yang bersebelahan bersambung.
dead end poreliang buntuKejuruteraanTiadaLiang hujung daripada liang-liang yang bersambungan.
perforated filmsfilem berliangMakanan dan PemakananMakananKepingan pembalut makanan yang mempunyai liang-liang pada permukaannya. Liang tersebut dihasilkan dengan menggunakan laser dan jarak antara liang ialah 3 mm hingga 14 mm. Liang ini membebaskan stim daripada makanan panas dan membenarkan udara keluar dan masuk untuk mengekalkan kesegaran makanan. Kepingan filem berliang juga mempunyai kekuatan mekanikal yang tinggi dan kekenyalan yang baik.
birth poreliang lahir; liang bertelurVeterinarTiadaTiada
boreholelubang gerek; liang serangga; liang kulatPerhutananTiadaTiada
interstitial velocityhalaju ruang-antaraGeografiTiadaHalaju gerakan air di dalam liang dan juga dari satu liang ke liang lain di dalam medium berliang.
interstitial velocityhalaju ruang antaraHidrogeologiTiadaKadar gerakan air di dalam liang dan juga dari satu liang ke liang lain di dalam medium berliang. Di dalam medium yang homogen bezantara halaju adalah lebih lebar sedangkan dalam medium yang tak homogen, mungkin terdapat perbezaan yang berganda-ganda besarnya. (Dimensi: LT-1) Ruj.: Lohman drr. 1972
sieve areakawasan tapisBotaniTiadaKawasan khusus pada dinding unsur tapis yang mengandungi banyak liang dan setiap satu liang disaluti oleh kalosa. Melalui liang-liang ini, terdapat bebenang sitoplasma daripada unsur tapis yang bersempadan terunjur dan bersambung. Dalam gimnosperma, kawasan tapis biasanya tidak terbentuk secara khusus, manakala dalam angiosperma, kawasan tapis membentuk struktur yang lebih khusus, iaitu plat tapis.
12345678910...

Kembali ke atas