Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
licin
1. Dalam konteks permukaan
bersinonim dengan tidak kesat, lincir, tidak kasap,
(adjektif:)
Berantonim dengan kesat

2. Dalam konteks kulit
bersinonim dengan halus, tidak menggerutu, tidak berkedut, rata, sekata, lelas, peras,
(adjektif:)

3. Bersinonim dengan botak
( gondol, loncos, lokos, )
(adjektif:)

4. Rujuk licau 2

5. Bersinonim dengan licik
( pintar, cekap, )
(adjektif:)

6. Bersinonim dengan lancar
( tidak tergendala, baik, elok, mudah, senang, )
(adverba:)

Kata Terbitan : melicinkan, kelicinan, pelicin,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
atropineatropinaVeterinarPraklinikalSejenis alkaloid yang diekstrakkan daripada spesies tumbuhan beladona; hiosiamus atau stramonium dan boleh dihasilkan secara sintetik. Atropina merupakan antikolinergik dan antispasmodik. Antara kegunaannya adalah (i) mengendurkan otot licin (ii) melegakan getaran dan ketegangan dalam penyakit Parkinson (iii) menaikkan kadar degupan jantung dengan menyekat saraf vagus (iv) penawar untuk pelbagai toksin dan agen antikolinesterase; dan (v) antirembesan; midriatik dan sikloplegik. Contoh atropina ialah atropina metonitrat; atropina metilnitrat; atropina oksida hidroklorida dan atropina sulfat. Atropina boleh diberi secara parenteral atau oral sebagai antikolinergik; secara intravena sebagai perencat kolinesterase dan secara topikal kepada konjunktiva sebagai sikloplegik dan midriatik.
histaminehistaminaVeterinarPraklinikalSejenis amina hasil pendekarboksilan histidina (C5H9N3) yang terdapat dalam tisu badan terutama sekali dalam sel masta dan basofil. Fungsi histamina ialah (i) pendilatan kapilari dengan meningkatkan ketelapannya dan menurunkan tekanan darah (ii) pengecutan tisu otot licin termasuk otot licin bronkiol paru-paru (iii) pengaruhan peningkatan rembesan jus gaster dan (iv) pemacuan kadar degupan jantung. Histamina juga terlibat sebagai pengantara dalam kehiperpekaan; contohnya tindak balas alergi. Tindakan histamina ini adalah melalui reseptor sel H1 dan H2. Nama kimia: 1H-imidazola-4-etanamina.
gingival floorlantai gingivaPergigianTiadaKawasan kaviti di kotak proksimal yang bersebelahan dengan gingiva. Lantai gingiva ini terletak sama ada di atas atau di bawah paras gingiva bergantung kepada keluasan karies. Lantai kaviti adalah baik jika terletak di supragingiva kerana ini akan mengurangkan iritasi pada tisu gingiva. Jika lantai kaviti berada di paras subgingiva permukaan restorasi harus digilap supaya licin agar ia tidak menjadi punca iritasi kepada tisu gingiva. Lantai gingiva akan bertemu dengan lantai oklusi jika terdapat karies yang dalam di oklusi. Lantai gingiva terdapat dalam kaviti kelas II, III atau V.

Kembali ke atas