Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.ga] | ليݢا

Definisi : 1. persatuan atau persyarikatan (antara negara-negara dll); L~ Arab persyarikatan negara-negara Arab; 2. persatuan kelab sukan yg menganjurkan perlawanan antara pasukan­pasukan ahli yg sama tarafnya: ~ bola sepak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.ga] | ليݢا

Definisi : 1 persatuan atau persyarikatan antara beberapa buah negara: ~ Arab. 2 kumpulan kelab atau pasukan sukan yg mengadakan pertandingan sesama anggota kumpulan tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata liga


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sectarianismsektarianismeSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang mengutamakan sentimen kelompok tertentu yang berasaskan agama, bahasa, kekeluargaan, tempat asal, hubungan darah, warna kulit mahupun ideologi. Fahaman ini menolak unsur objektiviti atau rasionalisme yang boleh menggugat kepentingan kelompok yang diutamakan. Pemikiran parokial ini terdapat dalam sebuah masyarakat yang tradisional, kurang pendidikan dan terpisah dari dunia luar. Walau bagaimanapun, unsur ini juga terdapat dalam masyarakat moden terutamanya yang berasaskan ideologi dan organisasi tertentu. Contohnya, faham kepuakan adalah sangat tinggi dalam politik India apabila setiap kaum dan negeri memiliki parti dan NGO sendiri seperti Liga Muslim, Hindu Mahasabha, Akali Dal dan Telugu Desam. Sinonim faham kepuakan.
symbol manipulationmanipulasi simbolSains PolitikPolitik PerbandinganSimbol atau lambang kebanggaan sesuatu masyarakat atau negara yang digunakan untuk kepentingan sesuatu pihak. Lambang yang digunakan ini dibentuk berasaskan faktor seperti bersifat keagamaan, perkauman, sentimen daerah, bahasa dan budaya bagi mendapatkan sokongan rakyat. Lambang yang menggambarkan sifat kelompok etnik atau komuniti akan menarik perhatian orang ramai dan memudahkan sesuatu pihak mendapatkan sokongan politik. Lambang keagamaan dalam logo atau bendera parti politik merupakan contoh manipulasi simbol mendapatkan sokongan atau undi. Demikian juga simbol yang memanipulasi sentimen etnik tertentu untuk menarik perhatian orang ramai seperti gambaran wajah Red Indian, pemimpin yang dipuja, bapa kemerdekaan, lambang yang menggambarkan kesucian, nombor yang diidentifikasi kepada sesuatu kelompok dan nama-nama parti yang bersifat keagamaan seperti Liga Muslim, Christian Democrat dan Hindu Mahasabha.

Kembali ke atas