ligand | ligan | Kimia | Kimia Analisis | Molekul atau ion yang mempunyai atom penderma. Tindak balas ligan dengan logam menghasilkan sebatian koordinat atau ion kompleks. Ia juga dikenali sebagai agen pengkoordinat. Contoh ligan ialah air dalam ion kompleks [Cu(H2O)6]2+ dan ion sianida dalam ion kompleks [Ni(CN)4]2-. |
polydentate ligand | ligan polidentat | Kimia | Kimia Analisis | Ligan yang mempunyai dua atau lebih atom penderma yang boleh berkoordinat dengan ion logam. |
ligand exchange chromatography | kromatografi pertukaran ligan | Kimia | Kimia Analisis | Teknik pemisahan kromatografi yang berdasarkan saling tindakan ligan dengan ion pusat yang terdapat pada penukaran ion. Contohnya asid amino dapat dipisahkan jika resin penukar kation ditukarkan kepada bentuk zink atau kadmium dan pengelusi ammonia. |
molar ratio method | kaedah nisbah molar | Kimia | Kimia Analisis | Kaedah penentuan nisbah ligan terhadap logam di dalam kompleks dengan cara menetapkan salah satu daripada kepekatan ligan atau logam sementara kepekatan yang satu lagi diubah-ubah. |
continuous variations methods | kaedah perubahan selanjar | Kimia | Kimia Analisis | Kaedah penentuan nisbah ligan terhadap logam dalam sesuatu kompleks dengan cara pengukuran keserapan suatu siri larutan yang terdiri daripada logam dan ligan yang kepekatannya berubah-ubah tetapi jumlah molnya tetap. Komposisi kompleks didapati pada pecahan mol yang memberikan keserapan maksimum atau minimum. |
slope ratio method | kaedah nisbah cerun | Kimia | Kimia Analisis | Kaedah penentuan nisbah ligan terhadap logam dalam sesuatu kompleks dengan cara pengukuran keserapan dua siri larutan; dalam siri pertama, kepekatan logam berubah dan kepekatan ligan berlebihan, manakala siri kedua sebaliknya. Nisbah cerun keserapan lawan kepekatan kedua-dua lakaran siri memberikan nisbah stoikiometri logam dalam kompleks itu. |
ligand | ligan | Fizik | Nanoteknologi | Molekul, ion atau kumpulan yang terikat pada atom pusat dalam sebatian kelat atau sebatian berkoordinasi. Contohnya, [Co(NH3)6]3+ |
chelate | kelat | Kimia | Kimia Analisis | Ligan multidentat yang boleh membentuk ion kompleks dengan logam untuk membentuk struktur gelang, contohnya etilena diamina yang mengkompleks dengan ion zink (II) bagi membentuk Zn (en)22+ |
metallochrome indicator | penunjuk metalokrom | Kimia | Kimia Analisis | Ligan yang membentuk kompleks logam berwarna yang berbeza daripada warna asalnya dan digunakan sebagai penunjuk dalam pentitratan pengkompleksan. |
affinity chromatography | kromatografi afiniti | Kimia | Kimia Analisis | Teknik kromatografi yang menggunakan kebolehan molekul biologi untuk mengikat kepada ligan secara khusus dan berbalik. |