Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.gat] | ليݢت

Definisi : 1. = meligat berpusing dgn pantas (kipas dll): matanya bulat memandang kipas yg berputar ~ di atas meja; 2. sangat giat (aktif): sebaliknya, apabila di luar, masih ~ ber­pelesiran ke sana sini dgn pakaian ala kebaratan; memperligat ki mempercepat, mempergiat (sesuatu usaha dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.gat] | ليݢت

Definisi : sangat cepat gerakannya (bkn gasing, kipas dll); pantas. meligat menjadi ligat; bergerak dgn ligat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ligat
1. Bersinonim dengan berpusing pantas
( berputar deras)
(kata kerja:)

2. Bersinonim dengan aktif
( cergas, giat., )
(adjektif:)


Peribahasa

Ditarik ia menanduk,
     digiring ia menyepak.

Bermaksud :

Orang bodoh, yang tidak mahu menurut bicara orang. (Bandingkan dengan: a. Di belakang ia menendang kita, bila di depan ia mengeting kita, jika di tengah ia berpusing ligat pula, b. Diiringkan menyepak, dikemudiankan menanduk)

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
centrifugepengemparKimiaKimia AnalisisAlat yang berputar ligat pada paksinya untuk memisahkan bahan-bahan berdasarkan ketumpatan bandingannya oleh pengaruh daya emparan.
herbal centrifugarationpengemparan herbaHerbaTiadaKaedah pemisahan menggunakan prinsip pengemparan yang melibatkan putaran ligat mendatar bagi mengasingkan komponen ekstrak pepejal herba daripada cecair atau ekstrak cecair daripada cecair yang mempunyai graviti spesifik yang berbeza. Contohnya, pengasingan minyak kelapa dara daripada santan.

Kembali ke atas