spleen | limpa | Veterinar | Praklinikal | Organ limfoid yang berkaitan dengan sistem edaran. Limpa terletak di kranial kiri abdomen dan terlekat pada perut melalui tisu penyambung atau ligamen gastrosplenik. Fungsi limpa adalah sebagai penyimpan darah; pembuang zarah daripada sistem edaran dan menyaring eritrosit abnormal. |
spleen | limpa | Biologi | Histologi dan Sitologi | Organ vaskular vertebrat yang menghasilkan limfosit (sel darah putih) dan juga menjadi tempat sel darah merah dimusnahkan, lalu membebaskan hemoglobin dan ditukarkan menjadi bilirubin di dalam hati. Limpa juga bertindak sebagai takungan darah dan berfungsi membentuk sel darah merah yang baru di dalam fetus dan bayi. |
Hodgkin' disease | penyakit Hodgkin | Perubatan | Tiada | Sejenis penyakit yang puncanya tidak diketahui, yang dicirikan dengan pembesaran kelenjar limpa, hiperplasia pada tisu limfoid limpa, hati dan organ lain, anemia dan demam. |
Hodgkin�s disease | penyakit Hodgkin | Perubatan | Tiada | Sejenis penyakit yang puncanya tidak diketahui, yang dicirikan dengan pembesaran kelenjar limpa, hiperplasia pada tisu limfoid limpa, hati dan organ lain, anemia dan deman. Ciri histologi yang tipikal bagi penyakit ini ialah wujudnya sel Reed-Sternberg. Lihat juga demam Pel-Ebstein. |
white pulp | pulpa putih | Biologi | Histologi dan Sitologi | Tisu retikulum limpa yang mengeliling dan menyokong anteri, yang banyak mengandungi limfosit dan kadangkala berkembang menjadi nodul limfa yang mungkin mengandungi pusat germa limpa. |
red pulp | pulpa merah | Biologi | Histologi dan Sitologi | Jaringan gentian retikulum yang selanjar dengan gentian kolagen trabekul dan kapsul limpa, yang biasanya tereltak di antara sinusoid limpa. |
pancreas | pankreas | Perubatan | Tiada | Kelenjar besar yang memanjang dan terletak melintang di belakang gaster, di antara limpa dengan duodenum. Kelenjar ini terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu kepala yang merupakan bahagian terbesar dan mengarah ke bawah, badan, iaitu bahagian tengah, dan ekor, iaitu bahagian yang melintang dan berakhir berdekatan dengan limpa. Kelenjar ini menjalankan fungsi endokrin dan eksokrin. Rembesan eksokrinnya terdiri daripada jus pankreas yang mengandungi berbagai-bagai enzim pencernaan; rembesan ini dirembeskan ke dalam duodenum. Rembesan endokrinnya terdiri daripada hormon insulin dan glukagon yang dirembeskan terus ke dalam darah; insulin dirembeskan oleh sel b, manakala glukagon pula dirembeskan oleh sel c. Kedua-dua hormon ini terlibat dalam pengawalaturan metabolisme karbohidrat. |
milt | limpa; milta | Perikanan | Tiada | Tiada |
spleen | limpa | Perubatan | Tiada | Organ berbentuk seperti kura-kura yang terletak di bahagian atas dan kiri abdomen. Organ ini berfungsi dalam pemusnahan sel darah merah, penapisan dan penyimpanan darah serta penghasilan limfosit. |
beef sweetbread | limpa lembu | Sosiologi | Tiada | Struktur di dalam tubuh lembu, iaitu di antara perut dan usus kecil sebagai makanan. |