Maklumat Kata
Kamus Bahasa Melayu
limpaga
[lim.pa.ga] |
ليمڤا
Definisi :
sj tumbuhan (pokok) dlm famili Meliaceae, surian, tangsian burung, ranggau (Sabah), Cedrela spp.
(Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata
limpaga
Juga ditemukan dalam:
Kamus Bahasa Melayu
(2)
Istilah Bahasa Melayu
(2)
Perkhidmatan +
Korpus
e-Tesis
e-Jurnal
e-Kamus
e-Borneo
e-Seminar
i-Pintar
Istilah Bahasa Melayu
Istilah Sumber
Istilah Sasar
Bidang
Subbidang
Huraian
limpaga
limpaga
Perhutanan
Sains Kayu dan Hasil Hutan
Nama piawai bagi kayu Cedrela spp. daripada famili Meliaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah surian dan tangsian burung, dan di Sabah ialah ranggau. Spesies utama kayu ini ialah Cedrela serrata dan C. sureni. Gubal kayu
limpaga
berwarna putih kelabu atau merah jambu, dan mudah dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna putih kelabu, merah muda atau merah coklat. Tekstur kayunya kasar dan sekata, kerana mempunyai struktur liang bergelang, dengan ira yang bersimpul atau beralun. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 270 hingga 530 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang lembut dan ringan. Kayu
limpaga
mudah dikerjakan dan dikeringkan tetapi tidak tahan. Struktur kayu ini amat menarik, dan sesuai digunakan dalam pembuatan perabot mewah, hiasan dalaman, papan lapis mewah, papan lapis hiasan, dan ukiran kayu.
sentang
sentang
Perhutanan
Sains Kayu dan Hasil Hutan
Nama piawai bagi kayu Adinandra excelsa daripada famili Meliaceae. Nama tempatannya di Sabah ialah
limpaga
. Spesies utamanya termasuk Adinandra villosa, Gordonia concentricicarix, dan Schima wallichii. Gubal kayu sentang berwarna kuning jerami atau merah pucat, dan dapat dibezakan daripada teras kayunya, yang berwarna coklat kemerahan. Tekstur kayunya agak kasar dan tidak sekata kerana mempunyai struktur liang bergelang. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 560 hingga 770 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu ini mudah diproses dan dikemas siap, cepat mengering tetapi kurang tahan. Kayu sentang boleh digunakan untuk tanggam bermutu tinggi, perabot dan venir hirisan.
Kembali ke atas
Thanks for clicking. That felt good.
Close
Borang Maklum balas Carian PRPM
@DBP
Malaysia
Pelawat PRPM
@DBP
Malaysia yang dihormati,
Kami sedang berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan Carian PRPM
@DBP
Malaysia ini. Komen, pandangan, kritikan dan cadangan tuan/puan sangat kami hargai. Mohon berikan maklum balas seperti berikut :
1. Antara muka pengguna.
2. Domain atau kluster maklumat serta kandungan maklumat.
3. Kepantasan carian.
4. Pandangan dan cadangan keseluruhan.
5. Alamat e-mel atau nombor telefon.
*
Sila tunggu sebentar...