surface runoff | limpahan air permukaan | Alam Sekitar | Tiada | Limpahan air yang mengalir atau meresap di permukaan tanah. |
myriad | limpahan | Kesusasteraan | Tiada | Kepelbagaian makna dalam karya sastera. Sesuatu hasil karya sastea biasanya bersifat simbolik, bermetafora, dan mengandungi makna yang tersurat dan tersirat. Justeru, karya sastera ini boleh ditafsirkan dari pelbagai sudut pandangan dengan konteks makna yang pelbagai. |
spillover | limpahan | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Pembangunan yang diterima oleh sesuatu wilayah sebagai hasil daripada lebihan pembangunan dari wilayah lain yang berhampiran. |
arithmetic overflow | limpahan aritmetik | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
arithmetic overflow | limpahan atas aritmetik | Komputer | Tiada | Tiada |
expansion tank | tangki pengembangan | Kejuruteraan Automotif | Enjin | 1. Tangki yang digunakan untuk mengumpul limpahan bahan pendingin akibat pengembangan kerana dipanaskan oleh enjin. Apabila enjin menjadi sejuk, bahan pendingin akan mengecut dan mengalir semula ke radiator. Tangki ini dihubungkan dengan radiator oleh sebatang hos. Tekanan dalam tangki ini menjadi tinggi, iaitu sama dengan tekanan dalam radiator apabila enjin beroperasi dan tekanan ini dikawal oleh tukup tekanan. 2. Tangki tambahan pada tangki bahan api dalam beberapa jenis kenderaan yang digunakan untuk mengumpul limpahan bahan api akibat pengembangan. |
urban spill | limpahan bandar | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
spillover effect | kesan limpahan | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Keadaan pembangunan sesuatu pusat petempatan terhadap kawasan sekitarnya. |
water damage liability insurance | insurans liabiliti kerosakan air | insurans | Tiada | Insurans yang melindungi kerosakan yang disebabkan oleh air, seperti kerosakan disebabkan oleh kebocoran atau limpahan air sistem pemanasan, atau penyejuk udara atau batang paip. |
PHF attack | serangan PHF | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Serangan ke atas pelayan web Apache versi awal yang menggunakan skrip PHF yang goyah. Serangan ini menyebabkan limpahan penimbal pada komputer yang disasarkan sehingga menyebabkan kod hasad yang terlimpah diproses oleh komputer sasaran. |