Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lin.dap] | ليندڤ

Definisi : Mn 1. = melindap menjadi kurang (cahaya, panas, dll), tidak kuat lagi: demam telah ~; 2. tidak terang (nyata, jelas, dll) lagi, kabur, padam, samar; lampu ~ lampu mulai padam (tidak terang lagi); pertanyaan yg ~ pertanyaan yg samar-samar; melindap 1. tidak berbaki lagi, habis, lindang; 2. menjadi kabur (samar, tidak nyata, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lindap


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
quenchlindap-kejutKejuruteraan AutomotifEnjinPembakaran yang terencat akibat suhu rendah pada dinding kebuk pembakaran. Lindap-kejut berlaku terutamanya ketika enjin dalam keadaan melahu yang dibantu oleh percampuran bahagian yang terbakar dengan bahagian yang belum terbakar.
quench areakawasan lindap-kejutKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaKawasan dalam kebuk pembakaran yang berhampiran dengan dinding silinder sejuk, yang menyebabkan pembakaran menjadi kurang lengkap.
quench areakawasan lindap-kejutKejuruteraan AutomotifEnjinKawasan dalam kebuk pembakaran yang berhampiran dan bersentuhan dengan dinding silinder yang lebih sejuk, menyebabkan pembakaran menjadi terencat dan tidak sempurna.
annealing twinkembar dua sepuh lindapFizikTiadaTiada
annealing twinkembar dua sepuh lindapKimiaTiadaTiada
white smokeasap putihKejuruteraan AutomotifEnjinGas ekzos berwarna putih yang mengandungi zarah cecair ba- han api dan minyak pelincir yang tidak terbakar akibat tindakan lindap-kejut.
electrodeposition fabricationfabrikasi elektromendapanFizikNanoteknologiProses fabrikasi litar bersepadu atau nanofabrikasi yang memendapkan pelbagai filem tipis ke atas wafer silikon dengan menggunakan kaedah elektromendapan. Dalam proses yang dikenali sebagai sepuh lindap, bahan logam atau dielektrik yang ingin dimendapkan dijadikan sebagai katod. Katod tersebut akan dihentam oleh ion positif sehingga menyebabkan pengeluaran atom atau molekul dan seterusnya termendap atas permukaan wafer bagi membentuk filem yang dikehendaki.

Kembali ke atas